Oleh HAYAR HASSAN
Hari Sabtu, 4 November 2017 lalu sepatutnya merupakan hari yang amat
penuh bersejarah kepada pasangan pengantin baru Fizree dengan Norathirah. Apa
tidaknya , ibu bapa dan keluarga Fizree mengadakan majlis khenduri
Walimatulurus perkahwinan mereka Di Taman Guar Perahu, Kubang Semang, Bukit
Mertajam, Pulau Pinang.
Namun demikian, sejak awal pagi lagi awan mendung telah menyeliputi
langit Pulau Pinang. Kedua ibu bapa Fizree ternyata tidak dapat menyembunyikan
kerisauan mereka akan ramalan hujan yang akan turun. Memang benar, sekitar jam
12 tengahari hujan telah mula turun dengan lebatnya. Majlis khenduri
perkahwinan itu tetap berjalan dan keluarga Fizree sibuk melayan tetamu-tetamu
dalam hujan yang agak lebat.
Sungguh amat tidak dijangka sekali, hujan pada 4 November 2017 itu berterusan
sehingga malam. Semua rakyat Pulau Pinang dikejutkan dengan berita bahawa 80 %
daripada kawasan Pulau Pinang telah dilanda banjir. Ketiadaan amaran awal banjir
dari pihak yang berwajib menyebabkan semua orang kelam kabut dan panik.
Malam minggu itu yang lazimnya untuk anak-anak muda tidur lewat,
rupanya turut juga membuatkan hampir semua warga Pulau Pinang tidak tidur.
Masing-masing bekerja keras menyelamatkan ahli keluarga daripada air banjir
deras. Namun demikian, malang sekali banjir kali ini turut mengorbankan tujuh
nyawa warga emas.
Lazimnya, apabila berlaku sebarang bencana yang berskala besar
seperti banjir besar, kejadian tanah runtuh dan lain-lain lagi, ianya akan
ditangani oleh Agensi Pengurusan Bencana Nasional(APBN)/National Disaster Management Agency(NADMA) yang diletakkan di bawah
Kerajaan Pusat Putrajaya. Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mempunyai kemampuan
yang agak terhad tentunya tidak mampu untuk menangani musibah banjir minggu
lalu.
Namun demikian, Ketua Menteri
Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng bersama seluruh anggota Exco-Exco nya telah bertungkus lumus
mengatur dan menguruskan kerja-kerja menyelamat mangsa-mangsa banjir besar yang datang agak mengejut itu dengan
menggunakan sumber-sumber dan kemampuan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang agak
terhad.
Melihatkan keadaan yang agak mencemaskan dan gawat itu, sekitar jam
2.30 pagi, YAB Tuan Lim Guan Eng atas rasa tanggongjawab sebagai Ketua Menteri
Kerajaan Pulau Pinang, beliau telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri
Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr Zahid Hamidi memohon bantuan Putrajaya untuk
menghantar anggota-anggota ATM serta
kelengkapan yang perlu untuk menyelamatkan rakyat-rakyat Pulau Pinang yang
masih terperangkap dalam banjir besar pada kali ini. Dengan suara sebak
,separuh merayu YAB Tuan Lim Guan Eng telah melupakan perbedaan pegangan
politik , memohon bantuan Putrajaya.
Adalah dipercayai, bukan mudah YAB Ketua Menteri Pulau Pinang itu untuk
membuat panggilan telefon kecemasan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri
Malaysia itu diawal pagi hari Ahad itu. Namun begitu lah yang telah terjadi,
beliau sanggup melakukannya demi kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.
Rupanya reaksi daripada YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr
Zahid Hamidi tidak mengecewakan. Beliau cukup memahami bagaimana sukar dan
getirnya musibah yang sedang dihadapi oleh sebahagian daripada rakyat Pulau
Pinang. Beliau telah mengarahkan ATM serta NADMA
bertindak segera memberikan bantuan
kepada rakyat Pulau Pinang. Tahniah dan terima kasih saja yang boleh kita
berikan kepada dua tokoh pemimpin Negara ini yang telah dapat mengenepikan
perbedaan pandangan politik mereka buat sementara waktu, demi kesejahteraan rakyat Pulau Pinang!
Sebenarnya keputusan dan tindakan yang telah diambil oleh YAB
Timbalan Perdana Menteri itu adalah tepat dan amat wajar sekali. Beliau telah
memudahkan ketua-ketua jabatan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan di Pulau
Pinang melaksanakan tanggongjawab mereka kepada rakyat. Sebelum ini memang ada
ketua-ketua jabatan Kerajaan Persekutuan yang ragu-ragu untuk memberikan
kerjasama kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh Pakatan
Harapan(PH) !
Dalam kegawatan menghadapi air deras banjir awal subuh hari Ahad sekitar
Taman Perumahan Free School, Pulau Pinang itu, tiba-tiba tersebar berita sensasi
bagaimana Sapno Tukijo, bilal Surau Taman
Free School itu membenarkan kira-kira 70 orang non-muslim berteduh di surau
berkenaan. Tindakan sosok yang bernama Sapno Tukijo itu rupanya mengundang
kritikan daripada seorang ustaz.
Syukurlah Perdana Menteri Malaysia sendiri dengan segera memberikan
komen, memuji tindakan pantas Sapno Tukijo itu. Kritikan kepadanya terhenti
begitu sahaja! Tindakan pantas Bapak Sapno Tukijo itu sebenarnya telah
memberikan imej Islam yang baik kepada masyarakat non-muslim di Negara ini. Islam itu adalah Rahmatan Lil Alamin – membawa rahmat kepada semua makhlok.
Sebenarnya Islam itu mengajar kita untuk mempunyai perasaan kasih sayang dan
menghormati penganut-penganut agama lain . Perseteruan tanpa sebab yang kukuh
tidak akan memberikan faedah kepada orang Islam itu sendiri.
Rupanya Bapak sapno Tukijo itu hanya seorang pendatang asing yang sudah begitu lama memohon
untuk mendapatkan status penduduk tetap( permanent
residence@PR). Dikhabarkan Bapak Sapno Tukijo ini telah berkahwin dengan
rakyat Malaysia.
Seperkara lagi yang wajar disentuh ekoran daripada banjir besar ini
adalah kemampuan parti DAP mengumpulkan dana Bantuan Banjir Pulau Pinang yang
telah mencatatkan jumlah derma sekitar RM 5 juta dalam tempoh hanya tujuh hari.
Ternyata ramai rakyat Malaysia yang masih mampu menghulurkan derma bantuan
apabila diperlukan.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula memutuskan untuk memperuntukkan RM
100 juta Dana Khas Bantuan Banjir .
Antara bantuan-bantuan tersebut adalah pemberian RM500.00 kepada setiap
keluarga yang terjejas dengan banjir, tiada caj air untuk tempoh dua bulan,
diskaun 50 % caj air untuk pengguna domestik, diskaun 25 % caj air untuk
pengguna komersial dan 10 % diskaun untuk cukai taksiran untuk semua hartanah.
Disamping itu turut diperuntukkan peruntukan segera RM 100,000.00
untuk kerja-kerja pembaikan masjid dan surau yang terjejas kerana banjir.
Perlu dimaklumi oleh rakyat dan pengundi-pengundi Pulau Pinang
khususnya, dana tersebut di atas mampu disediakan oleh Kerajaan Negeri Pulau
Pinang kerana kewangan negeri Pulau Pinang telah diuruskan dengan penuh
berhemah, telus dan akauntabel (clean,accountable
& transparent@CAT). Sewajarnya lah Pakatan Harapan(PH) yang sedang
menerajui pemerintahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini diberikan lagi mandat
yang lebih besar dalam Pilihan Raya Umum(PRU) ke 14 nanti.
0 comments:
Catat Ulasan