Zahid gambarkan BN sangat terdesak di Penang

Oleh Mohd Sayuti Omar

Kesian Zahid Hamidi sampai terpaksa menggunakan ilmu "paranormal" dan hukum karma alam untuk mempengaruhi orang Cina di Pulau Pinang untuk membolehkan partinya BN merampas negeri itu apabila mengaitkan kejadian banjir kilat yang berlaku beberapa hari lalu sebagai petanda daripada Tuhan bahawa negeri itu akan dapat dirampas oleh BN.

Cara Zahid itu lebih kurang sahaja cara budak-budak parti agama (Pas) di negeri itu yang membuat andaian banjir yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini akan memberi kemenangan besar kepada parti itu.

Sampai ke situ sekali terdesaknya Zahid dan BN sampai terpaksa menggunakan hukum karma alam untuk menarik sokongan.

Apakah Zahid masih belum mengerti bahawa dunia politik adalah dunia realiti. Rakyat apa lagi orang Cina - yang jauh lebih cerdik berpolitik berbanding Melayu termasuk Bugis, walaupun mereka juga percaya kepada "feng-sui" tetapi mereka tidak mudah diperdayakan dengan ilmu paranormal itu.

Rakyat Pulau Pinang khasnya Cina tidak akan tersihir dengan hukum karma Tuhan itu. Apa yang berlaku di Pulau Pinang itu bukan kerana negeri itu diperintah oleh DAP. DAP tidak bersalah dalam kejadian banjir itu seperti mana negeri-negeri lain juga tidak bersalah atas kejadian banjir kilat atau setiap bencana alam yang berlaku.

Contohnya di Kuala Lumpur, banjir kilat berlaku hampir setiap tahun dan ia bukan kerana BN memerintah di sini. Begitu juga dengan banjir di Kelantan akhir tahun 2014 ia tidak dikaitkan dengan kesombongan kerajaan Pas.

Kalau pun BN dan Zahid berhajat hendak rampas Pulau Pinang berbuatlah sesuatu yang lebih baik dan berkesan bagi rakyat seperti mana di buat oleh Lim Guan Eng. Untuk peringatan Zahid, hukum karma alam tidak terpakai dalam kamus politik. Apa yang diukur oleh rakyat dan terpakai dalam politik ialah pentadbiran sesebuah kerajaan itu apakah ia membantu rakyat atau pun zalim kepada rakyat.

Cukuplah Zahid buat lawak kerana lawak-lawaknya sebelum ini orang masih belum habis mentertawakannya.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan