Lim: DAP diperlakukan macam dalam filem Hollywood

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan apa yang berlaku kepada parti itu yang mengadakan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) untuk kali pada hari ini, seperti sebuah filem Hollywood.

"Tidak ada parti-parti politik lain di Malaysia yang dipaksa mengadakan pemilihan CEC sebanyak tiga kali (2012,2013 dan 2017) dengan menggunakan senarai wakil yang sama.

"Kita macam beku pada 2012 dan buat pemilihan semula (lebih daripada) empat tahun kemudian. Ini amat karut sekali.

"Kita ingat hanya boleh berlaku dalam filem Hollywood. Apa yang kita anggap tidak boleh berlaku, sedang berlaku di Malaysia sekarang," katanya dalam ucapan pada kongres khas DAP bagi pemilihan semula CEC, di Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata, DAP memutuskan untuk mematuhi arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) agar mengadakan pemilihan semula kedua "secara protes", demi kepentingan parti.

"Ini sungguh tidak adil (tetapi) kalau kita tidak akur, kemungkinan besar mereka akan menyalahgunakan kuasa untuk membatalkan pendaftaran DAP.

"Sungguhpun kita yakin boleh menang di mahkamah, tetapi jika ke mahkamah, kita tidak akan dibenarkan menggunakan simbol roket pada pilihan raya umum (PRU) ke-14," katanya.

Kalau kita tidak akur, kemungkinan besar mereka akan menyalahgunakan kuasanya untuk membatalkan pendaftaran DAP. Sungguhpun kita yakin kita blh berjaya dlm mahkamah, tapi jika kita pergi mahkamah, dlm PRU14 kita tidak akan dibenarkan menggunakan simbol roket.

Pada 29 September 2013, DAP telah mengadakan pemilihan semula pertama selepas kesilapan teknikal memberi kesan kepada keputusan pemilihan asal yang dibuat pada 15 Disember 2012.

Tempoh penggal pimpinan bagi 2013-2016 tamat September lalu tetapi berdasarkan perlembagaan parti, DAP boleh menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan.

Ia sebagai persediaan menghadapi PRU.

Namun, ROS pada Julai lalu mendakwa ada masalah dalam senarai yang digunakan untuk pemilihan semula 2013 itu, dan mengarahkan parti itu mengadakan semula pemilihan.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan