Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyindir Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak yang menurutnya menyerang DAP dengan skrip yang
bertentangan.
Beliau berkata, bergantung pada keadaan tertentu, Najib "lupa untuk
mengikut skrip" berhubung sama ada DAP akan menang besar ataupun kalah
pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.
"Sebagai contoh di mesyuarat agung MCA, perdana menteri kata mustahil
DAP boleh menubuhkan kerajaan persekutuan walaupun menang besar, untuk
meyakinkan pengundi Cina agar menyokong MCA agar mereka ada wakil dalam
kerajaan.
"Sedangkan awal tahun ini, perdana menteri memberitahu orang Melayu
bahawa jika Pakatan Harapan (HARAPAN) menang, DAP yang menguasai
kerajaan baru.
"Beliau mendakwa walaupun jika BERSATU, PKR dan AMANAH menguasai
majoriti kerusi, DAP tetap mengawal kerajaan baru HARAPAN," katanya
dalam ucapan pada kongres khas DAP bagi pemilihan semula CEC, di Shah
Alam, hari ini.
Lim berkata lagi, pembohongan yang dicipta itu menyebabkan BN sendiri
lupa skrip mereka lalu menyatakan sesuatu yang bertentangan.
"Ketika bersama orang Cina dan bukan Melayu, beliau kata DAP tidak
boleh tubuhkan kerajaan. Tetapi dengan orang Melayu, beliau berkata
lain.
"Jadi mana satu yang betul?" soalnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Beliau berkata DAP perlu mendedahkan maklumat yang salah itu agar
dapat memberi keyakinan kepada orang Melayu dan juga bukan Melayu bahawa
parti itu bukan ancaman.
Sejak penubuhannya lebih 50 tahun lalu, katanya, DAP telah mengalami
banyak perubahan seiring dengan peredaran masa tetapi prinsip terasnya
tetap berjuang untuk semua rakyat Malaysia.-Mkini
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan