Kedai buku Rusia mula menjual memoir Tun Dr Mahathir Mohamad Doktor Umum dalam terjemahan bahasa Rusia yang diterbitkan oleh Universiti MGIMO dengan judul Doktor Negaranya, dalam dua jilid.
Penerbitan edisi Rusia yang disediakan oleh Pusat ASEAN di Institut (Universiti) Perhubungan Antarabangsa Moscow (MGIMO) bawah pimpinan DrVictor Sumsky satu penghormatan kepada tokoh terkenal itu.
Ia diedarkan ketika pusat ekonomi dunia sedang beralih ke Asia Timur dan Rusia pula sedang mempergiat kerjasama dengan rantau yang dinamik ini.
Justeru adalah penting untuk memahami “rahsia” kejayaannya dan mengetahui sejarah kejayaan itu langsung daripada seorang penciptanya yakni Mahathir.
Sehubungan itu, memoir Mahathir yang merupakan pengisah, yang bukan sahaja kompeten dan teliti tetapi juga ikhlas, adalah sumber tidak ternilai yang menyajikan banyak bahan fikir kepada pembaca dan layak untuk dikaji secara mendalam.
DR VICTOR A POGADAEV adalah naib presiden Persatuan Nusantara Universiti Negara Moscow. Bekas profesor madya Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya itu terlibat dalam pelbagai penerbitan kamus bahasa Melayu, Indonesia dan Rusia. Beliau adalah penyandang gelar Tokoh Persuratan NUMERA (2013), Warkah Kehormatan kerajaan Rusia untuk sumbangan terhadap perkenalan bahasa Rusia d luar negara (2014) dan anugerah sastera oleh A Poetry Initiative of Bangladesh (Kathak).

0 comments:
Catat Ulasan