Oleh Mohd Sayuti Omar
Menurut Setiausaha
Agung Pas Takiyuddin Hassan beliau tidak menolak akan berlaku kerjasama
di antara Pas dengan Umno. Apa erti tidak menolak, ertinya menerima dan
bersedia.
Di tahun-tahun 2008 sudah ada pelan untuk menakupkan Pas dengan Umno. Berbagai cara dan makenisme dilakukan untuk tujuan itu.
Tahalul Syiasi yang digerakkan oleh Nasharuddin Mat Isa atas restu
Majlis Syura Ulama dan bekas timbalan Mursyidul Pas adalah salah satu
cara tersusun dan popular.
Cara lain ialah, golongan muda
bertanda ulama menjalani persahabatan dan perbincangan dengan golongan
akademik dan agama yang pro kepada Umno. Sekurang-kurang tiga siri
perbincangan dilangsungkan secara tertutup.
Saya memiliki
sekeping gambar macam mana tokoh muda Pas berserba meleret berada dalam
majlis itu dan membentangkan kertas kerjasama dibincangkan. Salah
seorang yang hadir kini bersama parti Amanah Negara.
Dan saya
sendiri turut terlibat dalam konspirasi untuk membawa Pas bekerjasama
dengan Umno melalui akhbar Siasah. Saya akhirnya melepaskan diri kerana
berasa diri diperalatkan untuk kepentingan diri dan bukan kepentingan
ummah dan negara yang lebih global.
Semua cerita akan ini boleh
diungkit satu persatu sebagai hujah sokongan terhadap kenyataan
Takiyuddin itu, yang tidak menolak bereti menerima dan bersedia.
Tetapi kalau pun diceritakan kepada kayu, plastik dan venderlisme dalam
politik mereka tidak akan mempercayainya kerana deria fikir mereka
sudah tepu dengan taksub dan taat melulu, dan akan menjawabnya dengan
mengatakan ia FITNAH.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)

0 comments:
Catat Ulasan