Di tangan kitalah perubahan ini bakal bermula.

OlehZolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Sekarang bukan masa utk pendamba perubahan politik dlm negara ini merencatkan keghairahan majoriti rakyat utk menumbangkan BN.

2. Berdegung-degang di sana-sini, apabila microfon di tangan kita, terutama di hadapan anak-anak muda, kita beridealisme tentang perubahan politik.

3. Tetapi apabila peluang itu terhidang, kita pun berfalsafah begitu dan begini utk menafikan atau merencatkan peluang utk perubahan berlaku.

4. Betul. Tumbangkan BN bukanlah maksud menyeluruh perubahan politik, tetapi itulah titik mulanya. Apa salahnya kita bermula dari situ?

5. Jika Tun M sesuai untuk mengepalainya, apa salahnya kita beri kepercayaan untuknya? Jika kita pesimis dgn hal ini, bagaimana kita boleh harapkan perubahan politik lebih menyeluruh?

6. "Anta puashati 100% dgn Tun M?" tanya dia. Saya kata, "Semua orang, dgn dirinya sendiri pun jarang dia puas hati 100%, bagaimana dgn orang lain?"

6. Adakah, apabila kita tidak berpuashati dgn diri sendiri, kita akan bunuh diri? Itu tindakan tidak cerdik. Demikian persepsi kita dengan Tun M untuk ketika ini.

7. Jangan bunuh harapan majoriti rakyat. Selepas kita kecewa dgn terkuburnya PR, mahukah kita kecewa lagi selepas wujudnya PH?

8. Usah terpengaruh dgn kempen-kempen songsang yg merencatkan proses perubahan politik ini. Di tangan kitalah perubahan ini bakal bermula.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan