Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Negeri Perlis, Syed Araniri
Syed Ahmad Al Idrus mencabar Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin berdebat dengan beliau pada bila-bila
masa dalam isu haram undi DAP seandainya Zamihan masih lagi
mempertahankan dakwaan beliau.
Menurut Syed Araniri lagi, beliau ingin mempertahankan kesucian agama
Islam kerana ia telah sengaja dipolitikkan oleh Presiden Aswaja
tersebut.
“Persoalannya adakah apa yang dinyatakan oleh Zamihan adalah fatwa Aswaja atau pendirian beliau sendiri.
“Selain itu perkataan ‘haram jadah’ yang dizahirkan adalah tidak sesuai diucapkan oleh seorang yang bergelar agamawan.
“Sepatutnya beliau tidak membuat perbandingan dengan mana-mana parti
politik dan harus menyatakannya secara umum,” jelas beliau lagi.
Malah soalnya, kenapa pula Zamihan tidak menyebut mengenai MCA, Gerakan maupun MIC apabila membuat kenyataan tersebut.
Syed Araniri yang berkelulusan Universiti Islam Madinah dan memiliki
latar belakang pengajian Sarjana Sosial Islam turut berkata, apa yang
cuba dilakukan oleh Presiden Aswaja tersebut adalah bagi mendapat
pengaruh Perdana Menteri.
Sebelum ini Zamihan ketika wawancara bersama sebuah portal, telah
mendakwa haram untuk umat Islam mengundi DAP kerana parti itu menolak
hukum hakam Islam termasuklah membantah usaha Pas meminda Akta Mahkamah
Syariah 1965.
Dalam dakwaan tersebut juga beliau menyatakan sekiranya jelas DAP
bertentangan dengan Islam dan anti Islam, adalah haram bagi umat Islam
menyokong aspirasi perjuangan DAP.
Selain itu beliau juga mendakwa, haram mengundi, haram menyokong,
haram membantu dan banyak-banyak benda haram itu kesimpulannya haram
jadah.
“Saya mencabar beliau sebagai individu dan ilmuan agama untuk mengadakan debat.
“Terserah kepadanya untuk menentukan tarikh, masa dan tempat yang ditentukan oleh beliau.
“Perdebatan ini harus dilakukan bagi menjelaskan kedudukan perkara
sebenar agar masyarakat tidak keliru dengan dakwaan yang telah dibuat
oleh beliau sebelum ini,” tegasnya lagi
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)

0 comments:
Catat Ulasan