Parlimen Parit : Pengundi Tidak Keliru Untuk Memilih Pakatan Harapan


Peluang Pakatan Harapan Parlimen Parit mengulangi kemenangan PRU10 (1999) di kerusi ini terbentang luas dengan gabungan mantap ketiga-tiga parti - Amanah, PKR dan Bersatu - dalam memberikan tentangan hebat terhadap Umno dan BN yang semakin ditolak oleh rakyat. Pada pilihan raya berkenaan, pembangkang membolot ketiga-tiga kerusi yang dipertandingkan.

2. Sekalipun pertandingan 3 penjuru atau 4 penjuru berlaku di Parit, namun ia tidak wajar menjadi ketakutan Pakatan Harapan, di sebalik ramalan dan cakap-cakap kedai kopi kononnya BN akan mendapat faedah besar apabila undi Melayu terhadap pembangkang berpecah.

3. Jika diimbas dan dianalisa semula, pengundi Melayu hanya akan berpecah apabila terdapat kekeliruan dalam sikap politik mereka, tetapi segala-galanya kini sudah “jelas” sekarang setelah perpecahan itu ditangani sebaiknya sejak 3 tahun kebelakangan ini. Terdapat 3 kelompok utama yang diketahui pengundi iaitu Pakatan Harapan, BN dan Pas dari Gagasan Sejahtera.

4. Sekarang tidak ada kekeliruan bagi orang Melayu baik di kawasan luar bandar, pinggir bandar mahupun di kawasan bandar. Namun memang diakui, undi Melayu boleh dieksploitasi dengan mudah melalui pertandingan pelbagai penjuru apabila wujudnya "kekeliruan".

5. Pas di kerusi Parlimen Parit sudah pasti akan bertanding dan sedang mengatur calon-calonnya turun padang bertemu pengundi. Begitu juga dengan UmnoBN dan Pakatan Harapan. Pertandingan 3 penjuru tidak dapat dielakkan lagi dan ia merupakan cabaran baharu kepada senario politik baharu yang sedang berakar dalam persada politik negara.

6. Namun kekeliruan pertandingan 3 penjuru tidak lagi menjadi kejutan atau aksi spontan calon (parti), malah ia tidak upaya untuk mengelirukan pengundi seperti sejarah 3 penjuru di Dun Kota Damansara, Selangor dalam PRU13 yang lalu.

7. Pada pilihan raya itu, terdapat dengan ketara unsur kejutan dan tindakan spontan apabila Pas yang sepatutnya tidak bertanding meletakkan calonnya pada saat akhir selepas enggan bersetuju dengan pilihan PKR untuk meletakkan calon PSM di Dun berkenaan. Akibatnya pengundi keliru, tidak sempat diberi penerangan dan akhirnya BN memenangi kerusi tersebut.

8. AMANAH dan Pakatan Harapan yakin, kekeliruan yang berlaku di Dun Kota Damansara dan Dun Sg Acheh di Pulau Pinang serta di beberapa tempat di Terengganu pada PRU13 tidak akan berulang pada PRU14 tidak lama lagi.

9. Bagi menyemarakkan lagi semangat juang Pakatan Harapan di Parit, pelbagai program offline dan online sedang dirancakkan bagi menepati pengundi sasar disamping dalam masa yang sama memantapkan jentera pilihan raya di semua peringkat.

10. Sokongan padu penyokong Pakatan Harapan, jentera pilihan raya dalam apa jua tingkat sangat penting untuk menjayakan misi membenamkan UmnoBN Parit dan dua Dun lagi, Bota serta Blanja dalam PRU14.

11. Peluang keemasan ini wajib digunakan oleh tenaga kempen dan penggerak Pakatan Harapan dengan menyampaikan informasi dan penerangan sebaik mungkin dari dalam keluarga, jiran tetangga, rakan taulan dan masyarakat sekitar Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing.

AMANAH DEMI NEGARA
Amanah. Progresif. Peduli.

TARMIZI MOHD JAM
Koordinator Amanah P.069 Parit
Naib Pengerusi Pakatan Harapan WP
Timbalan Pengerusi Amanah WP
Pengarah Komunikasi Amanah WP
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan