Kelantan hargai Pakatan beri royalti petroleum

KERAJAAN negeri Kelantan menghargai tindakan kerajaan Persekutuan yang bersetuju untuk memberi royalti petroleum kepada negeri ini berdasarkan kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada Mesyuarat Majlis Kewangan Negara baru-baru ini.

Menteri Besar Ahmad Yakob berkata hari ini, beliau mengadakan kunjungan hormat kepada perdana menteri di pejabat beliau di Perdana Putra, Putrajaya dan kunjungan itu adalah berasaskan hubungan rasmi antara kerajaan negeri Kelantan dan kerajaan Persekutuan dalam meningkatkan lagi semangat federalisme di Malaysia.

“Pada pertemuan itu, saya menyatakan hasrat kerajaan negeri supaya projek-projek Persekutuan kepada Kelantan hendaklah diteruskan dengan jayanya.

"Semoga kunjungan hormat ini akan disusuli pula dengan kerjasama rasmi antara exco-exco kerajaan negeri dengan menteri-menteri Persekutuan bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala yang menatijahkan perkara kebaikan dan kesejahteraan kepada rakyat negeri Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di Kota Bharu, hari ini.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Dr Mahathir atas pelantikan beliau sebagai perdana menteri Malaysia ketujuh selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas.

Pada 7 Jun lepas, Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan sebagai berkata kerajaan Persekutuan bersetuju menyalurkan royalti minyak sekurang-kurangnya lima peratus terus kepada negeri pengeluar minyak,Ahmad Samsuri dilaporkan berkata perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2018 yang dipengerusikan perdana menteri di Kementerian Kewangan.

Menurut Ahmad Samsuri, Dr Mahathir memaklumkan negeri-negeri berkaitan termasuk Terengganu akan menerima wang royalti minyak terus kepada kerajaan negeri.

Terengganu tidak menerima royalti minyak sejak tahun 2000 sebaliknya menerima wang ehsan.
Sabah dan Sarawak pula menerima lima peratus royalti minyak manakala Kelantan menerima wang ehsan minyak sejak 2010. – Bernama
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan