Keluar Umno bukti tiada agenda rakyat


Oleh Chua Yee Ling

Merujuk kepada berita bahawa Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal keluar parti Umno dan menjadi ahli parlimen bebas, Ketua Cabang PKR Bukit Gantang Chua Yee Ling tidak hairan dan menyifatkan fenomena keluar parti Umno ini di kalangan pimpinan Umno dipercayai akan terus berlaku kerana masing-masing cuba menyelamatkan diri daripada kapal Umno yang sedang tenggelam.

Selain membuktikan bahawa Umno Bukit Gantang sedang menghadapi krisis pecah belah dalaman yang amat ketara sekali, perpecahan yang berlaku juga menunjukkan bahawa pimpinan Umno tidak mempunyai ketabahan politik yang kuat dan idealisme perjuangan yang berasaskan agenda rakyat.

Selama ini pemimpin Umno hanya bergantung seolah-olahnya daripada peruntukan kerajaan, pangkat dan jawatan, maka apabila kehilangan kuasa memerintah dan menjadi parti pembangkang, mereka terus kehilangan hala tuju dan demi survival politik diri sendiri, ramai di antara mereka yang berebut keluar parti Umno.

Kepada Syed Abu Hussin, sebenarnya rakyat sudah maklum dengan budaya mengugut, adu domba, menghasut dan memfitnah dan wujudnya politik wang dalam Umno bukan satu perkara yang baru.

Apa yang mereka persoalkan ialah keikhlasan beliau dan kenapa Datuk Syed Hussin bukannya keluar parti sebelum pilihan raya tetapi sekarang?

Keluar parti Umno itu hak Datuk Syed, dan saya ingin tegaskan bahawa menjadi ahli parlimen bebas atau pun seperti ahli parlimen Bagan Serai Noor Azmi Ghazali yang keluar parti tempoh hari menyatakan sokongan terhadap Pakatan Harapan bukanlah satu jaminan mereka akan diterima dalam keluarga Pakatan Harapan.

Saya yakin bahawa rakyat bosan dan berasa meluat dengan perlawanan pemimpin Umno yang lebih mementingkan agenda diri sendiri daripada meletakkan kepentingan negara di hadapan.

Rakyat sekarang pandai membuat perbandingan dan penilaian diri sendiri. Bagi Pakatan Harapan Bukit Gantang, pasukan kami akan terus bekerja dan berkhidmat demi rakyat tidak kira menang atau kalah.

Pakatan Harapan bertekad untuk menebus semula maruah rakyat Malaysia yang telah digadai oleh Umno dan Barisan Nasional dan seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan untuk Malaysia.

Untuk makluman, proses pencalonan ketua-ketua kampung dan ahli majlis di negeri Perak sudah hampir selesai dan lantikan rasmi akan dibuat oleh menteri besar Perak dalam masa terdekat.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan