'Kelewatan bayaran balik GST punca harga meningkat'

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kenaikan harga di bawah rejim Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah lebih teruk daripada yang dijangkakan berikutan ketidakupayaan kerajaan BN untuk membuat pembayaran balik GST kepada perniagaan tepat pada masanya.

Ini, katanya, mempunyai kesan mendalam terhadap harga apabila peniaga menaikkan harga barangan mereka di setiap peringkat rantaian pengeluaran untuk mengimbangi pembayaran balik GST mereka yang tersangkut dengan kerajaan.

“Sekianya ada refund dia masih lebih tinggi (daripada) SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) tapi tak begitu besar (seperti sekarang)...

“Kenapa terdapat kelewatan dalam membayar balik? Ini saya akan dedahkan pada masa akan datang... ini adalah isu besar," katanya pada sidang akhbar di Parlimen, hari ini.

GST dikenakan pada setiap peringkat rantaian pengeluaran tetapi dengan pengecualian terhadap pengguna akhir, vendor boleh menuntut balik cukai daripada kerajaan.

Kerajaan dikehendaki memulangkan bayaran semula dalam masa 14 hari tetapi ada peniaga yang mendakwa ada kalanya pembayaran balik mengambil masa sehingga berbulan-bulan, sehingga menjejaskan alirang tunai mereka.

Ditanya jika jumlah wang yang diperuntukan untuk pembayaran balik telah disalahgunakan, Lim berkata, beliau akan menjawap soalan itu pada kemudian hari.

"Apabila bayaran balik tidak dibayar tepat pada waktunya, ini menyebabkan kenaikan harga - yang memberi kesan kepada kos sara hidup.

"Kelewatan pembayaran semula menyebabkan ramai barangan dan perkhidmatan peniaga terjejas sehingga memaksa mereka menaikkan harga.

"Saya tahu kamu tidak sabar untuk mengetahui (sebabnya) tapi biar kita tangani ini terlebih dahulu," katanya.

Pada sidang akhbar itu, Lim membidas bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa bahawa sistem SST akan menjadi lebih teruk daripada GST.
Beliau mengulangi bahawa di bawah SST, kerajaan akan mengutip RM23 bilion kurang berbanding di bawah GST.

“Saya tak faham macam mana bekas menteri kewangan boleh cakap GST lebih baik daripada SST.
"Saya tidak akan berkata bahawa harga akan turun (di bawah SST) seperti yang dikatakan oleh kerajaan sebelum ini, akan ada kesan kepada kewangan rakyat tetapi impakknya separuh daripada kesan GST," katanya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan