Mansuh matrik cabul hak Melayu dan kontrak sosial, kata pensyarah

KUALA LUMPUR, 15 Mei — Cadangan menghapuskan program matrikulasi hanya mengundang kemarahan Bumiputera.

Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pro­f Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, program matrikulasi adalah satu kelebihan kepada orang Melayu berdasarkan kontrak sosial, lapor Free Malaysia Today.

“Ini kerana jika ambil kira Perlembagaan dan ikut sejarah dalam kontrak sosial, program matrikulasi adalah sebahagian daripadanya.

“Dalam kontrak sosial, orang Melayu merupakan penduduk asal yang perlu diberi keistimewaan. Jika matrikulasi dihapuskan, ini mencabuli kontrak sosial,” katanya.

Kok Seong mengulas cadangan presiden Parti Gerakan yang menggesa Pakatan Harapan menghapuskan matrikulasi.

Dominic Lau berkata, menghapuskan matrikulasi adalah permulaan yang adil kepada semua kaum dalam membina sebuah Malaysia baru.

Katanya, ia perlu dilakukan bagi menghentikan layanan tidak adil terhadap pelajar bukan Bumiputera di negara ini.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan