Ahli PAS dedah rahsia parti berdepan tindakan tegas

KUALA LUMPUR, — Ahli PAS yang membincangkan hal dalaman parti melalui saluran media bakal berdepan tindakan tegas.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menerusi satu kenyataan berkata, arahan dibuat bagi mengawal selain memelihara kerahsiaan parti.

“Perintah larangan ini berkuatkuasa serta merta. Sebarang keengkaran terhadap perintah ini membolehkan seseorang ahli dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib parti," katanya.

Arahan itu dipercayai dikeluarkan susulan pendedahan menantu Presiden PAS, Zaharudin Muhammad mengenai ‘kartel dedak’ dalam parti Islam itu.

Zaharudin sebelum ini mendedahkan lima pemimpin parti itu terbabit dengan penerimaan wang jutaan ringgit daripada Umno.

Namun, nama mereka tidak dinyatakan dengan jelas sebaliknya diletakkan mengikut singkatan nama pemimpin berkenaan.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan