Gelagat Pas paling senang dibaca dan memualkan.

Oleh Mohd Arif Juhani

Fasa awal berpakat, Pas paling beriya-iya keluar statement bela sekutu.

Masa dalam Pakatan Rakyat dulu, Pas yang jadi pembela utama DAP sampai Hadi Awang pun kata celaka bersama Umno yang minum kopi berbanding DAP yang minum arak.

Tapi bila masuk fasa kedua, nampak kepentingan tak terjaga, mulalah jadi kaki belit. Sailang sekutu.

Begitulah gelagatnya masa dalam Pakatan Rakyat. Begini jugalah akhirnya nanti nasib ta’awun Pas bersama Umno.

Benda tengah baru nak berbaik. Tunggu sajalah bila masing-masing kepentingan bertindih, masa tu barulah para lebai sanggup keluar hukum baru berta’awun dengan Umno.

Template sama. Tukar warna sikit saja.

Cuma paling celaka pasal Pas, walau dengan parti mana pun mereka bekerjasama, maruah agama dijaja dengan harga yang murah dan Allah pula direkrut kononnya bersama perjuangannya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan