Zahid umum kembali bertugas sebagai presiden Umno

Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kembali menyambung tugas sebagai presiden Umno hari ini.
Beliau yang menyerahkan tugas presiden kepada timbalannya Mohamad Hasan pada 18 Disember lalu membuat pengumuman itu di acara Hari Raya Aidilfitri di Bagan Datuk, Perak hari ini.

"Oleh kerana hari ini genap setahun saya dipilih, bukan dilantik, oleh perwakilan Umno seluruh negara (untuk menjadi presiden), maka (tempoh) genap setahun ini cukup signifikan dan penting bagi saya.

"Oleh itu pada 30 Jun 2019 (hari ini) saya ingin mengumumkan bahawa saya menamatkan cuti sebagai presiden Umno mulai hari ini.


"Ini bererti mulai hari ini saya akan menyambung tugas sebagai presiden Umno," katanya disambut tepukan.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan