Kenali Siapa Rais Yatim

Oleh Mohd Sayuti Omar

Orang politik banyak bercakap perkara yang tidak berfaedah dan boleh menimbulkan kemarahan pihak lain termasuk sesama sendiri. Sikap buruk ini sepatutnya tidak diamalkan. Inilah perangai buruk orang politik sejak azali lagi.

Itu orang, Rais Yatim, untuk apa dia membangkitkan dengan memberi pandangannya mengenai pelan transisi perdana menteri daripada Mahathir ke Anwar.

Katanya perkara pertukaran jawatan itu tidak ada hitam putih. Beliau cuba memberi tahu yang tidak ada ketentuan selepas Mahathir adalah Anwar jadi PM.

Rais orang baharu dalam PH. Dia sertai Bersatu apabila dia sudah berbau PH akan menang dan Najib akan tumbang. Sebelum ini Rais tidak wujud dan kalau pun berbunyi bagaikan burung hantu malam, bunyi suara tetapi tuan tidak ada.

Rais tidak tahu konsesus PH yang bersetuju bahawa Anwar akan mengambil alih PM selepas dua tahun. Kalau jahil kenapa hendak bersuara?

Jadi apapun pandangan Rais yang nampak profesional itu, usah dipedulikan. Rais boleh berkata sebagai seorang ahli politik yang praktikal, tetapi jangan lupa apa yang Rais lakukan sebelum ini.

Moral politiknya lebih teruk daripada Rahim Tamby Chik.

Rais licit dalam berpolitik. Semasa Semenagat 46 dahulu dialah yang membodek Tengku Razaleugh menubuhkan Parti Melayu itu, kemudian dia juga yang mencadang agar dibubarkan. Selepas bubar dia berada dalam kabinet Abdullah, Ku Li hanyut mengigit jari.

Rais bin Yatim atau Jantan, inilah juga yang membakar jambatannya, kononnya hendak tunjukkan dia berprinsip, berani dan tegas. Sebelum jambatannya dibakarnya menjadi arang dan debu dia telah menyeberang menyertai semula menyertai parti yang disumpahnya. Itulah Rais Yatim, kalau anda ingin mengenalinya.

Apabila dia menimbulkan soal transisi jawatan PM dari Mahathir kepada Anwar itu, ada sesuatu yang beliau mahu kutip laba dari itu. Permainan Rais mudah untuk ditebak apakah makna dan tujuannya. Rais tidak bercakap kalau tidak mengidam sesuatu. Cis. Trims.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan