Pertubuhan pendesak Cina, Dong Zong, bersama lapan badan lain
menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dalam isu pembelajaran tulisan
Jawi untuk pelajar tahun empat sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK) di
negara ini.
Hal itu dinyatakan selepas kabinet memutuskan baru-baru ini, pembelajaran tersebut hanya akan dijalankan jika mendapat persetujuan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).
Menurut Dong Zong - atau nama penuhnya Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia - keputusan tersebut akan menimbulkan pelbagai masalah, malah tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna.
“Lebih-lebih lagi, kebanyakan SRJK Cina di Sabah dan Sarawak tidak mempunyai PIBG,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan bersama lapan pertubuhan lain hari ini.
Turut
menyokong Dong Zong ialah Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina
Malaysia (Jiao Zong), Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong),
Persekutuan Persatuan-persatuan Alumni Sekolah China Malaysia, dan
Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan Malaysia, Merdeka University
Bhd, Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Majlis Bahasa Cina Malaysia, dan
Persatuan Bekas Siswa Universiti dan Kolej Di China, Malaysia.
Kata mereka, lebih wajar sekiranya keputusan berhubung pengenalan tulisan Jawi diserahkan kepada lembaga pengurus sekolah (LPS) di SRJK memandangkan badan itu merangkumi wakil PIBG dan persatuan alumni.
Dalam kenyataan tersebut, mereka menyambut baik usaha kerajaan menangani kebimbangan yang disuarakan sesetengah pihak berhubung pengenalan tulisan Jawi itu.
Namun,
tambah mereka, matlamat subjek Bahasa Malaysia di SRJK adalah bagi
meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid.
Justeru mereka tidak bersetuju jika murid di SRJK mempelajari tulisan Jawi kerana - menurut mereka - ia langsung tidak membantu meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan itu.
“Maka, hanya setakat memperkenalkan tulisan Jawi kepada murid-murid untuk mengetahui adanya jenis tulisan itu sahaja adalah memadai.
“Pada pandangan kami, pihak kerajaan prihatin terhadap suara komuniti bukan Islam, dan mengambil langkah penyelesaian untuk mengikis kebimbangan komuniti bukan Islam merupakan satu tindakan yang tepat,” tambah mereka.
Langkah memperkenalkan tulisan Jawi itu, menurut mereka, boleh dilakukan dengan merujuk buku teks Bahasa Malaysia SRJK tahun lima yang ada memperkenalkan seni tulisan pelbagai kaum termasuk Jawi.
Mereka juga meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan isi kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan buku teks mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi memberikan penjelasan penuh kepada orang ramai tentang bagaimana pembelajaran tulisan Jawi akan dilaksanakan nanti.
“KPM juga harus terlebih dahulu berunding dan mendapat persetujuan pihak berkepentingan, terutamanya Dong Jiao Zong dan pertubuhan pendidikan Tamil sebelum keputusan dibuat.
“Ini adalah penting untuk mengikis kebimbangan dan keraguan orang ramai, serta memastikan ciri-ciri dan identiti SRJK CIna dan SRJK Tamil tidak terjejas,” katanya.
KPM pada asalnya bercadang memperkenalkan pembelajaran tulisan Jawi sebanyak enam muka surat dalam buku teks Bahasa Malaysia tahun empat.
Namun setelah mendapat bantahan daripada orang bukan Melayu, ia dikurangkan menjadi tiga muka surat dan bakal dilaksana "secara pilihan".
Namun, kerana bangkangan terus disuarakan, akhirnya kabinet memutuskan pengajaran tulisan Jawi itu tertakluk kepada persetujuan PIBG di sekolah vernakular.
Hal itu dinyatakan selepas kabinet memutuskan baru-baru ini, pembelajaran tersebut hanya akan dijalankan jika mendapat persetujuan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).
Menurut Dong Zong - atau nama penuhnya Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia - keputusan tersebut akan menimbulkan pelbagai masalah, malah tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna.
“Lebih-lebih lagi, kebanyakan SRJK Cina di Sabah dan Sarawak tidak mempunyai PIBG,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan bersama lapan pertubuhan lain hari ini.
Kata mereka, lebih wajar sekiranya keputusan berhubung pengenalan tulisan Jawi diserahkan kepada lembaga pengurus sekolah (LPS) di SRJK memandangkan badan itu merangkumi wakil PIBG dan persatuan alumni.
Dalam kenyataan tersebut, mereka menyambut baik usaha kerajaan menangani kebimbangan yang disuarakan sesetengah pihak berhubung pengenalan tulisan Jawi itu.
Patut berunding dulu
Justeru mereka tidak bersetuju jika murid di SRJK mempelajari tulisan Jawi kerana - menurut mereka - ia langsung tidak membantu meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan itu.
“Maka, hanya setakat memperkenalkan tulisan Jawi kepada murid-murid untuk mengetahui adanya jenis tulisan itu sahaja adalah memadai.
“Pada pandangan kami, pihak kerajaan prihatin terhadap suara komuniti bukan Islam, dan mengambil langkah penyelesaian untuk mengikis kebimbangan komuniti bukan Islam merupakan satu tindakan yang tepat,” tambah mereka.
Langkah memperkenalkan tulisan Jawi itu, menurut mereka, boleh dilakukan dengan merujuk buku teks Bahasa Malaysia SRJK tahun lima yang ada memperkenalkan seni tulisan pelbagai kaum termasuk Jawi.
Mereka juga meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan isi kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan buku teks mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi memberikan penjelasan penuh kepada orang ramai tentang bagaimana pembelajaran tulisan Jawi akan dilaksanakan nanti.
“KPM juga harus terlebih dahulu berunding dan mendapat persetujuan pihak berkepentingan, terutamanya Dong Jiao Zong dan pertubuhan pendidikan Tamil sebelum keputusan dibuat.
“Ini adalah penting untuk mengikis kebimbangan dan keraguan orang ramai, serta memastikan ciri-ciri dan identiti SRJK CIna dan SRJK Tamil tidak terjejas,” katanya.
KPM pada asalnya bercadang memperkenalkan pembelajaran tulisan Jawi sebanyak enam muka surat dalam buku teks Bahasa Malaysia tahun empat.
Namun setelah mendapat bantahan daripada orang bukan Melayu, ia dikurangkan menjadi tiga muka surat dan bakal dilaksana "secara pilihan".
Namun, kerana bangkangan terus disuarakan, akhirnya kabinet memutuskan pengajaran tulisan Jawi itu tertakluk kepada persetujuan PIBG di sekolah vernakular.
0 comments:
Catat Ulasan