Oleh RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Kerajaan
Pas Kelantan dan Terengganu sering kali menimbulkan isu pemberian wang
dari hasil minyak dan gas kepada mereka oleh kerajaan PH.
Cara pemberian yang dibuat oleh Kerajaan PH hari ini adalah jauh lagi
baik dari yang di amalkan oleh Kerajaan BN di mana Pas telah membentuk
kerjasama.
Tetapi BN yang mengubah cara pemberian mengikut perjanjian asal di ambil sebagai rakan politik pula.
Ini di anggap aneh apabila kami yang mengikut perjanjian asal di
musuhi dan UMNO yang lari dari perjanjian asal di ambil sebagai rakan.
Kenapa kah ini dijadikan isu atau adakah ianya untuk mengalih
pandangan ahli Pas dari isu besar sebenarnya seperti isu pendakwaan
Datuk Dr Nasharudin MatIsa yang diketahui akan berlaku hari ini?.
Nasharudin ketika menjawat jawatan Timbalan Presiden Pas telah
memainkan peranan sebagai orang perantaraan di antara Pas dan Umno. Ini
telah tidak disenangi oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz Nik Mat sehingga
Nasharudin telah dikalahkan oleh Mohamad Sabu (kini Presiden AMANAH)
sebagai Timbalan Presiden Pas.
Persoalannya kalau sudah ada perhubungan sulit melalui Nasharudin
mengapakah Kerajaan Umno-BN terus mendera Kerajaan Pas Kelantan dan
Terengganu kalau mereka ikhlas?
Kenapa rakyat serta ahli biasa Pas terus dihimpit kesusahan dan
penderitaan oleh Umno sementara pimpinan Pas dan Umno secara sulit
berkerjasama untuk kepentingan diri dan puak tertentu dalam parti?
Situasi ini membuat pimpinan tertentu Pas senang dan selesa sementara
ahli PAS serta rakyat biasa di bawah terus susah terhimpit.
Dakwaan pemberian rm 90 juta olih Umno kepada Pas telah dibuat oleh
Datuk Husam Musa dan Claire Brown dari Sarawak Report dan kes mahkamah
dengan Claire telah selesai di luar mahkamah kerana takut rahsia
terbongkar.
Oleh itu isu tuntutan wang minyak yang telah pun diberi oleh kerajaan
PH secara terus adalah sandiwara semata mata untuk mengalih pandangan
isu besar sebenarnya.
Sebenarnya pimpinan tertentu dan parti Pas sudah senang lenang
menerima wang berjuta juta dari Umno tetapi ahli biasa dan rakyat di
biarkan susah dan menderita. Sama juga dengan situasi dalam Umno di mana
pemimpin kaya raya tapi rakyat masih susah.
Kita juga mendengar berita pimpinan tertentu PAS mempunyai kereta dan
rumah mewah dan sebagainya. Pemimpin tertentu kaya raya dan senang
sementara rakyat dan ahli masih susah.
Kerajaan Kelantan dan Terengganu kini membangkitkan berbagai isu
tidak puas hati serta mengecam kerajaan PH dalam pemberian hasil minyak
dan gas walaupun dahulu BN tidak melaksanakan yang sama.
Di Terengganu pula kerajaan PH dituduh tidak membayar hasil minyak
walaupun Menteri Besar Terengganu kemudian mengakui telah menerimanya.
Ada pula pihak menyalahkan kelambatan kerajaan Terengganu membayar
kontraktor tempatan atas kononnya kelambatan kerajaan pusat. Tuduhan ni
adalah tidak adil.
Sebenarnya peruntukan projek dari Kementerian Kerajaan Tempatan dan
Perumahan kepada Pihak Berkuasa Tempatan Terengganu-PBT disalurkan
hampir kesemuanya kepada ahli parti tertentu di bawah kerajaan negeri
dan orang awam lain tidak dari parti tersebut amat susah mendapat
peluang kerja.
Inilah realitinya apabila kerajaan PH Pusat cuba berlaku adil kepada semua.
Baru-baru ini dalam mesyuarat di antara kerajaan Pusat dan Negeri
kerajaan Terengganu mempertikaikan pula jumlah pemberian wang pusat
kerana katanya telah di salah guna oleh kerajaan Pusat.
Sebenarnya semasa BN-Umno yang menjadi rakan Pas hari ini. Kenapakah
Datuk Nasharudin tidak membantu kerajaan Pas negeri pada masa itu ?
Untuk mengatasi masalah lepas seperti ini, saya ingin mencadangkan
kerajaan Pas Terengganu melantik ketua perhubungan Umno yang menjadi
rakan politiknya hari ini dalam kerajaan negeri sebagai Timbalan Menteri
Besar Negeri.
Ketua Umno Terengganu kini, Datuk Sri Ahmad Said, berada di dalam
pimpinan kanan Umno begitu lama dan pernah menjadi Menteri Besar
Terengganu. Dengan cara itu banyak masalah lama dan kini boleh di atasi.
Kami juga mencadang supaya kerajaan Kelantan juga melantik ahli Umno
sebagai timbalan Menteri Besar untuk menyelesaikan kekeliruan isu zaman
BN-Umno dan juga membuktikan keikhlasan kedua-dua belah pihak kepada
rakyat dalam muafakat mereka bersama.
Sementara itu kami meminta hentikan perbuatan menyalahkan kerajaan PH
atas segala kelemahan diri sendiri dalam mentadbirkan kedua-dua negeri.
Kerajaan Negeri dan Pusat terdahulu hanya pernah ditadbir oleh Pas
dan Umno dan tidak mungkin masalah diwarisi hari ini dari kerajaan PH
yang baru setahun berkuasa di pusat.
Masalah ekonomi yang lemah dan terlalu bergantung kepada hasil
minyak, masalah kemiskinan dan masalah sosial dadah yang tertinggi
adalah masalah yang perlu di atasi bersama oleh Pas dan Umno yang secara
bergilir memerintah kedua-dua negeri.
Eloklah Pas melantik Umno dalam kerajaan kedua-dua negeri Terengganu
dan Kelantan dan menyelesaikan masalah bersama dan berhenti menyalahkan
dan mengkambing hitamkan orang lain.
Sebenarnya hubungan sulit Pas dan Umno telah lama wujud tetapi
malangnya hanya untuk kepentingan pemimpin atasan Pas tertentu sahaja
dan bukan untuk rakyat.
Rakyat juga ingin melihat kehebatan Pas dan Umno bersama-sama
membentuk Kerajaan untuk mentadbir Terengganu serta Kelantan dan bukan
hanya berpolitik untuk kepentingan pimpinan tertentu sahaja.
*Penulis Pengerusi AMANAH Terengganu
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan