Politik Pas salah prinsip

Oleh Ipoh Mali
  Dalam Politik hari ini… Parti Bersatu pada sudut prinsipnya betul..Tetapi pada sudut strategi politiknya salah.. manakala PAS, Pada sudut prinsipnya Salah.. Pada sudut kerja Politik nya betul… Itulah yang perlu diperbetulkan parti Bersatu..
Contohnya mudah, dalam PRK Tanjong Piai.. PAS walaupun berbeza prinsip dengan MCA, walaupun depa tahu MCA anti Islam, dalam kelompok Ashabiyah..Mereka bermati matian mempertahankan MCA.. mereka sanggup membersihkan segala Dosa MCA sebagaimana dilakukan mereka kepada UMNO.. pada mereka, matlamatnya menjatuhkan Pakatan Harapan.. walaupun pada sudut prinsipnya salah.. apalagi pada sudut agama,
Depa sanggup mempergunakan dalil dalil Agama, Mengubah fatwa mereka hanya memuaskan nafsu Politik mereka.. Sebenanrya PAS lebih teruk dari UMNO..Sebabnya mereka mempergunakan Agama..Bayangkan biar apaun tuduhan, Mereka akan lakukan biarpun menjadi khadam MCA, biarpun ianya bertentangan dengan prinsip agama dan fatwa mereka sendiri..
Berbeza dengan Bersatu, Mereka pada sudut prinsipnya betul..Mereka bersama PKR,DAP dalam satu Pakatan.. Tapi mereka tidak menyakini rakan dalam PH sendiri terutama DAP.. Mereka tidak cuba mempertahankan DAP, tetapi cuba mengikut rentak dan masuk perangkap PAS dan UMNO.. Sebolehnya Bersatu dalam kempen mereka menjauhkan diri dari DAP, takut dituduh khadam DAP.. apalagi cuba menunjukkan merekalah juara melawan DAP bagi mepertahankan Melayu dan Islam…
Bagi aku pada sudut politiknya tindakan Bersatu itu salah.. Ia boleh memerangkap diri mereka sendiri akhirnya.. Belajar dari Almarhum Tok Guru Nik Aziz, Biarpun pelbagai tuduhanregim UMNO, berpuluh tahun di media perdana, mereka momok kanyang Tok Guru Nik Aziz jadi barua Lim Kit Siang, Barua DAP.. tetapi Tok Guru tetap dengan prinsip bersama.. Tetap mempertahankan DAP..
Biarpun pada ketika itu, Jika Almarhum beperwatakan seperti Haji Hadi, sudah tentu, Tok Guru Nik Aziz lah paling layak mainkan sentimen kaum, Menjadi juara Melayu.. TG Nik Aziz boleh saja Menuduh MCA anti Islam.. Kafir Harbi… tapi Tok Guru tak buat mcm tu.. Tok Guru tetap menjadi kan UMNO musuh utama nya…dan menganggap MCA sebagai Jahil.. bagi Tok Guru, Jahat seperti UMNO lebih bahaya dari jahil seperti MCA…
Atas kesabaran TG NIk Aziz itulah, walaupun pada awalnya PAS cukup ditakuti orang Cina, Bukan Islam… Akhirnya atas prinsip TG Nik Aziz itu bukan hanya orang PAS dapat menerima DAP, hatta berlaku sokongan besar besaran masyarakat Cina kepada PAS pada PRU 2008 sehingga PAS berjaya menawan negeri maju seperti Selangor , Perak pada ketika itu MB nya dari PAS walaupun Awalnya kepimpinan Nizar itu sendiri tidak diterima masyarakat Cina…Jadi Bersatu harus belajar dari Almarhum Tok Guru Nik Aziz…
Jadi dalam PRK ini, Calon Bersatu itu cukup baik.. Aku Doakan Kemenangan calon Bersatu…. cumanya Bersatu sepatutnya tidak masuk dalam Perangkap perkauman PAS dan UMNO..Dalam Politik ini.. Boleh jadi kita kalah, Tapi Prinsip kita tak boleh salah.. Seperti mana slogan dalam kempen Jokowi dan Ahok dulu, Kebenaran bisa Kalah.. Tapi tak akan Bisa Salah…
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan