Kerajaan perpaduan sukar ditubuhkan kerana sikap pembangkang

Babak perkembangan politik negara semakin panas dengan pelan demi pelan yang memperlihatkan ada yang menyokong dan ada juga yang membantah terutamanya terhadap cadangan penubuhan kerajaan perpaduan untuk mengumpulkan semua parti politik dalam satu kerajaan.

Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Pusat Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, walau bagaimanapun memberi gambaran bahawa agak sukar untuk melaksanakan kerajaan tersebut dalam kemelut situasi politik yang berlaku hari ini.

Ini kerana katanya, Pas dan Umno pada semalam tegas mengatakan tidak akan menyertai kerajaan baru tersebut sekiranya wujud parti DAP di dalamnya.

“Malah, kita lihat semalam pun, Umno dan Pas juga dah tarik balik sokongan kepada Dr Mahathir. Namun, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) terus berpendirian menyatakan sokongan terhadap Mahathir.

“Cuma bila kita cakap tentang kerajaan perpaduan ni, kalau wujud pun kerajaan ini, ia hanya melibatkan AMANAH, PKR, DAP, GPS, Warisan, dan juga dari Bersatu yang mungkin dijangka akan buat u-turn semula untuk menyokong,” katanya ketika dihubungi , hari ini.

Pada masa sama, mengulas persoalan kedudukan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya sokongan kepada Dr Mahathir tidak diberikan kepadanya setelah terbentuk kerajaan tersebut, Mazlan berkata ia sememangnya akan menjadi satu masalah.

“Kalau kerajaan ini diwujudkan dengan penyertaan Umno dan Pas, ia akan jadi masalah apabila Dr Mahathir tiba masa untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar.

“Sudah pasti pembangkang mungkin tak bersetuju,” ujarnya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan