Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, 'Akhbar Rakyat' cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan 'Akhbar Rakyat'.Berfikirlah dalam menerima apa jua maklumat. Äkhbar Rakyat" tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri Email :akhbarrakyat@gmail.com
Selepas perdana menteri sementara Dr Mahathir Mohamad menyampaikan
perutusannya yang disiarkan secara langsung di televisyen pada petang
ini, semakin jelas kesan "Langkah Sheraton" yang tidak hanya terbatas
kepada tumbangnya kerajaan PH.
Gerakan itu, yang dikatakan sebagai
usaha penjajaran kuasa politik, juga menerbalikkan struktur dua
gabungan (kerajaan dan pembangkang), dan seterusnya memecahkan politik
Malaysia kepada tiga blok.
"Langkah Sheraton" merujuk kepada
perhimpunan 11 anggota parlimen yang meninggalkan PKR untuk bergabung
dengan Bersatu, BN, PAS, GPS dan Warisan di Sheraton Hotel, Petaling
Jaya pada malam Ahad lalu, dalam usaha mengambil alih Putrajaya daripada
PH dengan menggunakan nama Perikatan Nasional.
Mahathir, yang tidak membuat kenyataan terbuka sejak 'Langkah Sheraton' hari ini akhirnya bersuara.
Dalam
perutusannya, beliau menjelaskan bahawa beliau meletakkan jawatan
sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu kerana tidak bersetuju
dengan tindakan partinya sendiri dan 11 ahli parlimen dari PKR yang
meninggalkan PH sehingga membawa kepada tumbangnya PH.
Mahathir, juga menjelaskan bahawa beliau meletakkan jawatan kerana tidak mahu bekerjasama dengan Umno.
Namun,
satu lagi bahagian dalam ucapannya yang menjadi tumpuan adalah
hasratnya untuk menubuhkan kerajaan yang "tidak berpihak kepada
mana-mana parti".
"Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan
parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenarkan saya
akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana
parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan," katanya.
BN
dan PAS semalam memberi gambaran hasrat Mahathir itu apabila mereka
mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Mahathir sebagai calon
perdana menteri.
Sokongan pada Dr M berubah
Selepas
mengetahui hasrat itu, BN dan PAS, yang pada mulanya menyokong
Mahathir, memutuskan untuk meminta Yang Di-Pertuan Agong membubarkan
Parlimen.
Sementara PH, yang berharap Mahathir akan memulihkan
kerajaan Pakatan Harapan yang tumbang, menamakan Presiden PKR, Anwar
Ibrahim sebagai perdana menteri setelah mengetahui langkah yang mahu
diambil Mahathir seterusnya.
"Mahathir akan menentukan siapa yang
akan menjadi menteri kabinet. DAP dan parti politik lain tidak akan
dilibatkan dalam proses rundingan itu.
"Ia adalah kerajaan
Mahathir dan bukan kerajaan PH. Janji-janji manifesto PH tidak akan
dipenuhi," kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP, Ramkarpal Singh.
Dalam
kata lain, Mahathir inginkan sistem presiden - yang memberi kuasa
mutlak kepada presiden yang dilantik untuk memilih anggota pentadbiran.
Tetapi
konsep itu asing kepada sistem Westminster Malaysia di mana parti-parti
komponen dalam parti pemerintah terlibat dalam membuat keputusan.
Dalam
tempoh empat hari, Mahathir menyaksikan dari mendapat sokongan penuh di
Dewan Rakyat kepada sekadar kurang daripada satu pertiga sokongan ahli
parlimen.
Pada mulanya, sokongan ahli parlimen kepada Mahathir
dari kedua-dua pihak adalah berdasarkan dari kepentingan politik, kerana
PH dan Perikatan Nasional berharap perdana menteri sementara itu akan
berpihak kepada mereka.
Tetapi setelah mengetahui bahawa Mahathir tidak akan berpihak kepada mana-mana kumpulan, mereka mula menukar sokongan.
Tiga blok utama
Susulan
perkembangan ini, konfigurasi politik kini dibahagikan kepada tiga blok
utama - blok kerajaan perpaduan yang ingin diwujudkan Mahathir, blok PH
dan blok BN-PAS.
Blok kerajaan perpaduan yang ingin diterajui
Mahathir, setakat malam ini, dijangka mendapat sokongan 64 daripada 222
ahli parlimen di Dewan Rakyat.
Meskipun Mahathir kecewa dengan
tindakan Bersatu yang cuba membentuk gabungan dengan Umno, 25 ahli
parlimen daripada Bersatu hari ini mengulangi sokongan mereka kepada
Mahathir. Termasuk dirinya sendiri, Mahathir mempunyai 26 kerusi.
Sementara
itu, setelah gagal dalam rancangan 'Perikatan Nasional' mereka ekoran
BN dan PAS sudah menarik diri, kesemua 11 ahli parlimen yang
meninggalkan PKR yang diketuai oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali,
hari ini menyatakan sokongan kepada cadangan kerajaan perpaduan di bawah
Mahathir.
GPS
(18 ahli parlimen) dan Warisan (9 ahli parlimen) sebelum ini
menyuarakan sokongan kepada Mahathir tetapi sokonga mereka mungkin
bertukar setelah mengetahui cadangan Mahathir.
GPS, yang semalam
mengisytiharkan sokongan untuk Mahathir, hari ini mengeluarkan kenyataan
lain bahawa ia akan bertindak "demi kepentingan negara tanpa
mengorbankan hak dan kepentingan Sarawak" tetapi tidak menyebut sebarang
nama.
Sementara itu, blok BN-PAS, yang juga dikenali sebagai
Muafakat Nasional, memegang sokongan 60 ahli parlimen terdiri daripada
Umno (39), PAS (18), MCA (2) dan MIC (1).
Blok yang dijangka
mendapat sokongan paling banyak adalah blok PH, dengan memegang 92
sokongan ahli parlimen. Mereka terdiri daripada DAP (42), PKR (39) dan
Amanah (11). Jumlah ini selepas menolak 11 ahli parlimen yang
meninggalkan PKR.
Selebihnya, iaitu Gabungan Bersatu Sabah (2), Upko (1), Parti Bersatu Sarawak (1) dan seorang ahli parlimen bebas.
Memecah kebuntuan
Buat
masa ini, tumpuan kembali kepada Istana Negara. Yang Di-Pertuan Agong
hari ini selesai menemu bual hampir semua 222 Ahli Parlimen untuk
menentukan sokongan mereka.
Dalam situasi ini, Agong boleh
menjemput pihak yang mendapat paling banyak sokongan - jika berdasarkan
perkiraan di atas ialah Anwar - untuk cuba membentuk gabungan majoriti
Sekiranya kerajaan majoriti tidak dapat ditubuhkan, blok yang mendapat paling banyak sokongan boleh membentuk kerajaan minoriti.
Alternatif lain, Agong boleh memutuskan untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum.
Pada hari keempat selepas "Langkah Sheraton", hala tuju politik atau penubuhan kerajaan baru di Malaysia terus kabur.
Bagaimanapun,
dalam tempoh terdekat, dijangkakan konfigurasi tiga blok ini boleh
berubah sekiranya pihak-pihak yang terlibat menukar sokongan untuk
menjadi "kingmaker".
0 comments:
Catat Ulasan