Habuan Elit Politik DiDahulukan, Kebajikan Rakyat Belum Difikirkan.

Oleh Hayar Hassan

Suatu ketika dahulu, slogan “ Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” sering kali menjadi perbualan dan sebutan rakyat Malaysia. Apatah lagi slogan ini seringkali diulang-ulang oleh juruhebah-juruhebah radio, hos-hos rancangan TV Malaysia dan pengacara majlis-majlis Kerajaan.

Tujuan nya baik, ingin memaklumkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Malaysia yang ada pada waktu itu mempunyai azam dan tekad untuk benar-benar berkhidmat untuk kebajikan dan kesejahteraan semua rakyat, tanpa mengira bangsa, agama dan wilayah. Malang nya di akhir pemerintahan Kerajaan tersebut, pencapaian-pencapian yang telah disempurnakan tidak lah begitu membanggakan.

Malahan ada sebilangan rakyat, terutama nya anak-anak muda yang kreatif yang memperolok-olokkan slogan itu menjadi “ KLEPTROKASI DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DICAPATIKAN”.

Itu lah budaya rakyat Malaysia, khusus nya orang Melayu. Terlalu banyak bercakap, mengkritik usaha-usaha Kerajaan. Majoriti nya kurang berusaha. Yang terus jadi usahawan adalah orang –orang Cina.

Berlainan dengan masyarakat Cina, seusai PRU, mereka membiarkan Kerajaan yang dipileh oleh rakyat untuk melaksanakan semua janji-janji manifesto PRU. Sekira nya mereka tidak puas, mereka akan ubah dalam PRU seterusnya. Masyarakat Cina meneruskan aktibiti harian masing-masing dengan berniaga dan menjalankan perusahan masing-masing. Tentu lah akhir nya mereka akan lebih maju.

Bercakap mengenai slogan, kelihatan nya Kerajaan Pesyarikatan Nasional(PN) yang baru ditubuhkan sejak 1 minggu yang lalu masih belum mencipta dan mewar-warkan sebarang slogan. Ini adalah suatu yang cukup aneh. Adakah PM ke 8 belum sempat memikirkan nya atau mungkin terlupa. PM ke 8 mungkin lebih mengutamakan habuan-habuan serta kebajikan elit-elit politik sekeling nya.

Dalam ucapan sulong nya tanggal 3 Mac 2020, PM ke 8 telah berjanji bahawa kabinet nya nanti akan diisikan oleh individu-individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber. Beliau turut berjanji untuk mengembalikan kegemilangan Malaysia di mata dunia. Menarik nya beliau mengistiharkan diri nya bukan lah seorang pengkhianat. Seterus nya beliau berkata, beliau tidak berhasrat pun untuk menjadi seorang PM. Keadaan dan suasana yang menyebabkan beliau terpanggil untuk menerima jawatan keramat ini.

Apa pun , terdapat beberapa perkara menarik yang boleh kita perhalusi terhadap pembentukan pasukan Kabinet baru PM ke 8 ini yang telah diumumkan pada 9 Mac 2020.

A.KOS PERUNTUKAN YANG TINGGI.

Jumlah bilangan Menteri dan Timbalan Menteri adalah 70 orang. Sebelum ini jumlah bilangan mereka dalam Kerajaan Pakatan Harapan(PH) adalah 55 orang sahaja. Berlaku pertambahan 15 orang. Dikhabarkan , anggaran gaji serta elaun yang perlu diperuntukkan kepada kabinet baru ini adalah sekitar RM 7.6 juta setahun.

Persoalan nya, dalam keadaan ekonomi dunia dan negara yang sedang gawat darurat sekarang ini, Wajar kah kita menambah belanja untuk kelangsungan kabinet baru ini ? Tentu nya menafaat perbelanjaan yang bertambah ini hanya lah untuk dinikmati oleh elit-elit politik yang menyokong kerajaan baru!

Rakyat marhaen di desa-desa pendalaman dan luar bandar hanya melopong mulut dan berputih mata sahaja melihat kesejahteraan elit-elit politik tersebut.

B.TIADA DASAR YANG JELAS TERHADAP MASALAH EKONOMI MALAYSIA YANG SEDANG TENAT.

Dalam suasana seluruh dunia sekarang ini yang sedang dilanda oleh pendemik COVID-19, masalah rakyat Malaysia yang bakal kehilangan pekerjaan dan mata pencarian adalah jelas ketara. Sebagai contoh, dikhabarkan Syarikat Penerbangan Negara, MAS akan menawarkan 5,000 pekerja nya bercuti tanpa gaji untuk tempoh masa yang agak panjang. Mereka akan diambil bekerja semula apabila pendemik Covid-19 ini berakhir dan industri pelancongan kembali normal.

Diramalkan juga banyak lagi syarikat-syarikat besar dan kilang-kilang akan mengambil langkah yang serupa dalam usaha mereka untuk tidak terus bankrupt.

Diramalkan kadar pengangguran akan terus meningkat kerana kemelesetan ekonomi yang kita alami sekarang ini sukar diramal bila akan berakhir.

Setelah 2 minggu negara berada dibawah Kerajaan baru, masih belum kelihatan dan kedengaran pakej-pakej ransangan ekonomi yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan baru ini. Mungkin Kerajaan baru ini tidak mahu untuk meneruskan dasar-dasar yang telah dirancang oleh Kerajaan PH yang lalu. Nanti akan dituduh merompak lagi.

Apa yang jelas PM ke 8 perlu segera merancang dan memuktamadkan pakej ransangan ekonomi baru agar rakyat tidak ternanti-nanti.

Bimbang nanti akan tersebar pula slogan-slogan nakal anak-anak muda. Anak-anak muda punya banyak masalah sekarang ini. Ramai yang masih menganggur walau pun telah tamat pengajian di IPTA dan IPTS. Kos sara hidup terus meningkat. Harga barang keperluan tidak turun. Kos harga rumah juga tidak terjangkau.

Segerakan lah langkah-langkah yang positif untuk membela rakyat. Tugas memberi habuan kepada elit-elit politik telah selesai.

Kini tiba pula lah masalah rakyat biasa ditangani. Jawatan dan kuasa itu datang bersama dengan amanah untuk dilaksanakan. Bukan nya sekadar lamunan sebelum melelapkan mata.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan