Khalid Samad saran PAS keluar politik jika tidak boleh terima kritikan

Oleh

KHALID Samad yang terselamat selepas diserang di Kuala Terengganu malam tadi memberitahu pengkritiknya untuk meninggalkan politik jika tidak mampu menerima kritikan.

Pengarah Komunikasi Amanah itu memberitahu  bahawa penyerangnya, yang didakwa sebagai pemuda PAS, mentaati pemimpin mereka secara membuta tuli.

“Sekiranya mereka tidak dapat menerima kritikan dan mereka tidak boleh menerima pemimpin mereka dikritik, maka mereka tidak seharusnya berpolitik,” kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

“Mereka boleh mengkritik orang lain tetapi apabila orang lain mengkritik mereka, mereka jadi marah. Ini adalah budaya yang telah berkembang untuk masa yang lama.

“Ini bukan kesetiaan tetapi pengikut membuta tuli dan ia satu perkara yang berbahaya.”

Hari ini bahawa bekas menteri Wilayah Persekutuan itu dilaporkan telah diserang oleh sekumpulan pemuda seramai kira-kira 20 orang di hadapan ibu pejabat Amanah Terengganu selepas acara malam tadi.

Walau bagaimanapun, Khalid berjaya melarikan diri dan ke balai polis terdekat dan membuat laporan berkenaan insiden tersebut.

Khalid berkata penyerang tidak puas hati dengan kritikan beliau terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Khalid mengakui bahawa beliau mengatakan Hadi “tidak stabil secara mental” apabila mengatakan bahawa kerajaan baru Muhyiddin Yassin datang melalui “bumbung”.

“Mereka marah kepada saya kerana mengatakan Hadi tidak lagi waras. Hadi sebelum ini membuat kenyataan yang tidak masuk akal mengatakan bahawa untuk bersama dengan kerajaan baharu adalah baik walaupun melalui bumbung.

“Bagaimanakah Hadi dapat berbangga dengan perbuatan sedemikian? Jadi bila saya kritik Hadi, mereka marah.

“Sesetengah menghantar saya mesej teks dengan kata-kata kesat dan apabila mereka tahu saya datang ke Terengganu, mereka mahu ajar saya,” kata Khalid.

PAS kini adalah sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional dipimpin Muhyiddin bersama Bersatu dan Umno. Beberapa pemimpin PAS juga dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet baharu.

Pada mulanya, PAS menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri namun kemudiannya menyokong Muhyiddin.~www.themalaysianinsight.com
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan