Belang Ketakutan Sudah Terserlah


Oleh Mohd Sayuti Omar

Takiyuddin Hassan menteri yang bertanggungjawab terhadap parlimen telah tampil memberi tahu sidang parlimen 18 Mei akan mengutamakan urusan kerajaan.

Pemberitahun itu jelas menunjukkan usul undi tidak percaya tidak akan dibahas dalam sidang itu.

Kita sudah dapat baca dengan kenyataan Takiyuddin itu berhawa usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin tidak akan dibahas pada persidangan berkenaan.

 Tidak mengapa, yang penting usul itu diterima oleh Yang diPertuan Dewan kerana bila ia diterima bermakna, parlimen tidak boleh mengelak daripada untuk tidak membahasnya. 

Nampaknya pencuri (curitokrasi) sudah mengelabah dan ketakutan. Semua jalan sudah dikepung, dan lorong sudah ditutupi. Jalan selamat sudah kantoi.
Nah kalau kerajaan rasa benar kenapa perlu takut. Dan
 sekiranya pelantikan Muhyiddin sebagai PM mencukupi angka, kenapa perlu berdalih. Biasanya orang yang berdalih orang yang salah.

Ketakutan dan dalih diberikan Takiyuddin itu membuktikan bahawa Muhyiddin adalah PMTN adalah betul. Trims.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan