Mazlee Tolak Umpanan PN Demi Prinsip

Oleh Mohd Sayuti Omar

Dr Maszlee Malik telah menolak tawaran dihulurkan kerajaan PN yang melantik beliau sebagai pengerusi jawatankuasa penasihat Mara Corp. Tawaran atau pelantikan itu dibuat oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Abdul Latif Ahmad.

Maszlee memberi alasan dalam keadaan Covid-19 bukan masanya untuk beliau menerima jawatan itu, dan katanya apa-apa keputusan yang hendak dibuat harus selari dengan mandat rakyat dalam kawasan diwakilinya Simpang Renggam. 

Walaupun rengkas jawaban itu ia cukup menyinis untuk mereka yang memperkosakan mandat rakyat di siang hari dalam keadaan telanjang bulat.

Tentunya dengan penolakan itu ia melegakan ramai orang. Anak-anak muda atau golongan muda negara ini yang mahu melihat muncul pemimpin berwibawa, berprinsip dimasa akan datang senang (syukur) dengan keputusan itu. Mereka tentu membuat kesimpulan memenuhi cita rasa dan aspirasi rakyat.

Golongan muda sangat mengharapkan gaya politik professional yang berprinsip.

Untuk Dr Maszlee syabas diucapkan, tindakan anda itu meletakan satu panji harapan untuk rakyat yang ada maruah. Trims.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan