Tawaran Jawatan PM Perdana Menteri , Antara Respon Muhyiddin Dan Wan Azizah

Oleh HAYAR HASSAN

Seusai PRU 14, timbul cerita bahawa Ke Bawah Duli Yang DiPertuan Agong(YDPA) ada menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada YB Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail(DSWAWI). Ini adalah disebabkan bilangan Ahli-Ahli Parlimen gabungan Pakatan Harapan(PH) yang menggunakan simbol Parti Keadilan Rakyat(PKR) lah yang mempunyai majoriti dalam PRU 14.

Mungkin dalam pandangan YDPA, jawatan tersebut wajar ditawarkan kepada DSWAWI memandang pada waktu itu DSWAWI adalah Presiden PKR dan beliau juga adalah Ahli Parlimen Pandan.
DSWAWI memenuhi semua syarat-syarat untuk dilantik ke jawatan Perdana Menteri ke 7.

Namun demikian, DSWAWI dengan penuh takzim dan hormat memaklumkan kepada ke bawah duli YDPA bahawa jawatan tersebut adalah untuk YB Tun Dr Mahathir Mohamad(TM), bukan untuk diri nya. Ini adalah ekoran wujud nya satu persetujuan bertulis Majlis Presiden PH.

Surat perjanjian bertulis ini telah ditandatangani oleh Presiden PPBM(Tan Sri Mahyuddin Yasin), Presiden PKR(DSWAWI), Presiden AMANAH(YB Haji Mohamad Sabu) dan Setiausaha Agong DAP(YB Lim Guan Eng).

Difahamkan bahawa tawaran YDPA itu kepada DSWAWI dibuat secara empat mata, tanpa kehadiran orang lain. Kita tidak tahu apa perasaan DSWAWI ketika mendengar tawaran tersebut daripada YDPA. Mungkin beliau kaget dan tidak menyangka bahawa itu adalah titah YDPA ketika itu.
Mungkin YB DSWAWI tidak bersedia dengan sebarang jawapan nya. Namun demikian, ternyata YB DSWAWI adalah sosok yang amanah, kuat berpegang pada janji dan berprinsip dalam berpolitik.

Beliau menolak dengan penoh hormat akan tawaran tersebut semata-mata kerana teguh dengan janji yang telah dipersetujui bersama.

Ini lah istimewa nya wanita yang telah melalui liku-liku politik yang penuh warna warni. Sampai sekarang YB DSWAWI cukup dihormati oleh semua pihak, kawan atau pun lawan, walau pun beliau bukan lah pemidato yang diminati ramai. Itu lah senario sekitar pemilihan serta perlantikan Perdana Menteri ke 7. Akhir nya YB TM terlantik sebagai Perdana Menteri ke 7.

DSWAWI juga telah berjaya menerajui PKR dengan cukup baik selama suami nya DSAI tidak boleh aktif berpolitik. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang penyabar dan banyak bertolak ansur dengan pemimpin-pemimpin PKR terutamanya dengan mantan Timbalan Presiden PKR, YB Dato’ Seri Azmin Ali(DSAA).

Namun demikian, senario perlantikan Perdana Menteri ke 8 cukup berbeza sekali. Seperti yang diketahui umum, ianya penuh drama dan sarat dengan episod-episod yang menjijik dan memualkan.
Banyak pihak menyimpulkan bahawa perancangan untuk berkhianat dan meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan negara dan rakyat itu telah dirancang cukup lama.

Dikhabarkan ianya bermula seawal peristiwa Langkah Kajang. Dikhabarkan bahawa Langkah Kajang ini dicetuskan oleh Saudara Rafizi Ramli untuk membolehkan DSAI diangkat sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Namun demikian, akhirnya DSAI gagal menjadi calon ADUN Kajang dan terpaksa merengkok dalam penjara atas sabit kesalahan jenayah.

Setengah pihak berpendapat bahawa kes liwat 11 ini juga merupakan suatu konspirasi untuk menyingkirkan DSAI dari arus perdana politik Malaysia.

Akhirnya yang terpilih menjadi Menteri Besar(MB) Selangor adalah DSAA, bukannya calon asal DSWAWI. Nama DSAA terpilih di saat akhir, tanpa dirancang dan dipersetujui secara consensus oleh pimpinan Pakatan Rakyat(PR) ketika itu.

Ada pihak dalam PKR sendiri berpendapat bahawa, secara halus tanpa disedari oleh pimpinan PR, DSAA sendiri menyambar peluang untuk menaikkan nama nya sebagai calon MB di saat akhir dengan kerjasama PAS. Begitu lah liciknya strategi yang telah diatur.

Kadang kala sesuatu strategi itu tidak perlu diheboh-hebohkan, cuma bijaksana mengatur dan menyambar peluang yang mungkin muncul di saat-saat genting ,tanpa disangka-sangka. Cuma nya waktu dan keadaan cukup memihak kepada kita seandai nya kita bijak menyambar nya tanpa memikirkan benda-benda lain.

Kembali kepada senario terakhir episod perlumbaan mencari calon Perdana Menteri ke 8 yang sering dinamakan sebagai Langkah Sheraton, strategi yang mirip serupa telah terjadi.

Seperti yang kita maklumi, YB TM telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke 7 setelah TSMY selaku Presiden PPBM berjaya mendapat persetujuan ahli-ahli nya membawa keluar PPBM daripada PH. TM seolah-olah kesaorangan dalam menghadapi kemelut politik ketika itu. Rupanya dengan strategi yang licik dan halus, DSAI sekali lagi telah disailang daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 8. Rasa nya untuk masa-masa yang akan datang, DSAI usah lah heboh-heboh lagi mewar-warkan untuk menjadi PM. Biarkan sahaja ianya terjadi secara alami. Terima saja qada serta qadar nya. Nanti kena sailing lagi.

Kalau sebelum ini, tawaran menjadi Perdana Menteri ke 7 itu datang dengan sendiri nya kepada DSWAWI, tanpa dirancang dan diusahakan, tawaran menjadi Perdana Menteri ke 8 kepada TSMY rupa nya diatur secara licik, penuh strategik sampai ke tahap perlu ditongolkan watak-watak pengkhianat Si Kitol.

DSWAWI tidak berusaha untuk memiliki tawaran tersebut. Sebaliknya beliau dengan berlapang dada menolaknya demi janji yang telah dipersetujui bersama.

Sekali lagi nama beliau akan diingati sebagai sosok politikus yang bermaruah, teguh pada janji serta tidak mudah akan mengkhianati rakan-rakan setia dalam politik di waktu-waktu genting. Intergriti itu suatu yang amat mahal kepada orang yang tahu untuk menilai nya.

Penulis Adalah AJK AMANAH KAWASAN PERMATANG PAUH PULAU PINANG.



















Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan