Tiada Parti Terbersih Dan Boleh Di Percayai Di Malaysia

Oleh Mohd Sayuti Omar

Sepanjang hampir separuh penggal parlimen ke-14 tidak ada parti politik yang boleh dianggap parti yang bersih dan tidak tercalar dengan tindakan ahli parti yang menang dalam Piraum ke-14 yang meninggalkan parti masing-masing. Semua parti ada ahlinya bertaraf waktil rakyat membuat pusingan ke belakang mengkhianati parti kecuali parti agama (Pam) yang masih memegang rekod bersih.

Ia dimulai dengan parti Umno apabila enam orang ahli parlimennya meninggalkan parti untuk sertai Bersatu. Ada dua kumpulan virus dalam Umno ini, peringkat awal dan peringkiat kedua.

Kemudahan ia didikuti parti Keadilan Rakyat, bila mana 11 orang bertindak meninggalkan parti. Begitu juga dengan parti DAP juga tidak terkecuali turut sama menerima pengkhianatan wakil rakyatnya, bila mana meninggalkan parti untuk menyertai kerajaan PN.

Parti Amanah negara juga tidak terkecuali, ia tidak dapat menyamai rekod Pas, apabila seorang wakil rakyatnya di peringkat negeri mengumumkan keluar parti dan menyokong kerajaan PN. Walaupun seorang sahaja daripada Amanah tetapi ia memberi kesan besar juga kerana virus itu memegang jawatan sebagai ketua pemuda.

Parti paling muda turut mengalami hal sama ialah Bersatu. Boleh dikatakan parti inilah yang menjadi kepala pengat menyebabkan melaratnya kejadian tinggal parti.

Kerana perbuatan mereka itu tidak menunjukkan integriti dan ia boleh diragui eloklah kalau semua mereka yang meninggalkan parti itu ditanda dan dicam untuk dihukum dalam pilihan raya akan datang. Sebab apa alasan dan hujah mereka, mereka khianat kerana tidak berpegang kepada janji asal semasa mereka dicalonkan oleh parti masing-masing untuk bertanding.

Sekiranya Pam tidak terlibat sama dalam episod kudeta tempoh hari, ternyata parti paling berintegriti dan diharap memimpin demokrasi negara. Tetapi malang sedikit parti itu juga tercalar dan tercemar apabila ikut bersubahat menyokong kudeta tempoh hari. Trims.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan