Ulama Pas anggap menteri ingkar kuarantin macam burung hud-hud

Mursyidul Am Pas Hashim Jasin menyifatkan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ibarat seekor burung hud-hud dalam kisah Nabi Sulaiman yang membawa keuntungan besar melalui kesalahannya melanggar undang-undang.

Beliau berkata demikian memetik kisah dalam Surah An-Naml ketika berucap di Muktamar Dewan Ulama Pas Perak.

Hashim mempertahankan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu yang ingkar perintah kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara

Menurut Hashim, keingkaran burung hud-hud untuk mencari sumber air sebaliknya terbang untuk mengintip dan menemui kerajaan mewah di Saba menyebabkan Ratu Balkis dan rakyatnya memeluk Islam.

Bagaimanapun, perumpamaan Hashim itu dilihat mengundang reaksi lucu sebahagian warganet.
Ada yang menularkan poster simpulan bahasa siaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berbunyi, “cerita burung” dengan maksud “jangan percaya dengan berita yang dikhabarkan oleh Malik kerana itu semua cerita burung belaka.”

Khairuddin merupakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu dan juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, Terengganu.

Dia sebelum ini diambil keterangan oleh polis pada 27 Ogos lalu susulan susulan lebih 25 laporan polis yang diterima di seluruh negara berhubung keingkarannya prosedur operasi standard (SOP) kuarantin wajib di rumah selepas pulang dari luar negara.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan