Pas Yang Semakin Menjauhi Tuhan



Oleh: Aman Muhammad.

1) Dulu aku pernah tunjuk satu video usrah PAS kepada Dr Tanaka Mustafa Tanaka Mustafa, yang mana naqib dalam usrah tu sebut lebih kurang macam ni:
"...mati dalam mesyuarat PAS lebih mulia dari mati dalam solat.."

2) Aku katakan kepada Tanaka masa tu, inilah satu pendoktrinan budaya takfiri dalam PAS. Jarum-jarum halus takfiri yang dicucuk dan didoktrin dalam mana-mana program dalaman PAS.

Namun Tanaka kata itu bukan doktrin. Tanaka kata doktrin ni mesti dalam bentuk skala besar, setakat dalam usrah kecil macam tu Tanaka anggap ia masih bukan doktrin, au kama qaal.

3) Dan hari ini, Allah tunjuk sekali lagi kepada rakyat Malaysia, di dalam muktamar PAS secara terbuka dan disiarkan ke seluruh negara, seorang ustaz perwakilan PAS dari Kelantan, tanpa segan silu mempergunakan hadith Nabi, memberi amaran dan ugutan kepada ahli PAS, jika ada yang tidak patuh arahan parti, maka 'Faqtuluhu' atau bunuhlah dia!!

Allah..ini jelas satu pendoktrinan budaya takfiri dan ekstrimis yang sangat nyata!

Lebih teruk lagi memfitnah Nabi Muhammad seorang yang suka membunuh mana-mana Sahabat yang tidak setuju dengan baginda pula.

4) Budaya takfiri dalam PAS hari ini semakin lama semakin membarah dan teruk. Lihatlah komen-komen penyokong mereka di media sosial, pasti ada yang suka sangat persoal keislaman orang lain.

Menganggap orang yang lawan PAS seperti melawan agama Islam, lawan Tuhan, lawan Nabi.
5) Namun apa yang pelik jika penyokong bawahan bersikap begitu, jika pemimpin ulamak mereka jauh lebih teruk perangai takfirinya.

Ambil contoh terkini, seorang ulama PAS, YDP PAS Padang Serai, menulis status di Facebook sekiranya ahli Amanah mahu kembali sertai PAS kena mengucap syahadah semula. Masya Allah..

6) Tapi bagi Tanaka ini semua tak penting. Bahkan demi membela dan pertahankan ulamak PAS yang suka takfiri ni, Tanaka sanggup spin kononnya mereka yang lawan takfiri ulama PAS juga termasuk golongan takfiri.

Mereka yang melawan kejahatan ulamak jahat PAS juga takfiri.

Walaupun pimpinan PAS jelas menyebut keluar PAS umpama murtad keluar agama semasa kempen PRU14 yang lalu, namun Tanaka tetap membela mereka dengan misleading secara jahat, seolah-olah lawan kejahatan ulama PAS pula dianggap golongan takfiri.

Jika Menteri PAS yang ingkar kuarantin pun Tanaka sanggup berbohong mempertahankan Menteri PAS tu, apa sangatlah perangai takfiri ulama PAS yang lain.

7) Bagi Tanaka, hikmah kejatuhan PH ialah PAS dapat banyak jawatan GLC dan ramai yang bernanah tengok orang PAS dalam GLC.

Walhal hikmah sebenar yang Allah nak tunjukkan, betapa hikpokrit dan ekstrimnya fahaman politik PAS pada hari ini. Satu persatu Allah tunjuk rupa jahat PAS sebenarnya bila di tampuk kekuasaan.

8) PAS hari ini semakin lama semakin menjauhi Tuhan. Lihatlah hari ini PAS sudah sampai ke tahap mengugut bunuh ahli sendiri yang mana ingkar arahan atau nak pecah belah "perpaduan".

Sanggup berdusta atas nama Nabi, menghalalkan darah atas nama Nabi, persis Khawrij yang menghalalkan darah Saidina Ali. Khawarij yang membunuh Saidina Ali ialah satu jihad di sisi puak Khawarij dan mereka anggap mereka mendapat pahala dan syurga dari pembunuhan itu.

9) Mereka melacurkan ayat-ayat Tuhan untuk menghalalkan pembunuhan itu. Mereka gunakan ayat-ayat Tuhan yang diturunkan kepada orang kafir, lalu mereka tujukan kepada orang yang beriman.
Perangai puak Khawarij yang pernah membunuh Saidina Ali dulu, kini tiada beza langsung dengan sikap perangai ulama dan penyokong PAS hari ini.

Saidina Ali pernah berkata mengenai golongan Khawarij;
"kata-kata mereka benar, namun tujuannya ialah BATIL"
Sekian.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan