Isu kronisma dan rasuah, salah siapa?

 


Oleh YUSLAINI AZMI

Beberapa minggu lalu saya mengikuti rapat laporan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen ) yang mendedahkan tentang projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis yang sudah lama dibincangkan namun difahamkan sehingga kini projek itu terbengkalai. Sekolah ini dikatakan mempunyai keluasan sebanyak 26.71 hektar di Bukit Chabang,Titi Tinggi, Perlis di bawah Rancangan Malaysia ke-10.

Menurut laporan PAC, pelaksanaan projek sekolah tersebut meliputi dua fasa iaitu fasa 1 dengan peruntukan sebanyak RM34 juta yang bermula pada tahun 2011, manakala fasa kedua berjumlah sebanyak RM40 juta. Namun begitu, peratusan kemajuan projek hanya 49% dan dikategorikan dalam “projek sakit”.

Saya hairan apabila YB Radzi Jidin terkejut melihat projek terbengkalai tersebut kerana projek itu bermula ketika era pemerintahan BN memerintah lagi dan Menteri Pendidikan pada waktu itu juga adalah Perdana Menteri kita hari ini iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Seharusnya, beliau bertanya lanjut tentang hal projek tersebut terhadap individu yang bertanggungjawab pada ketika itu.

Walaupun demikian, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YB Radzi Jidin yang cuba mencari penyelesaian kepada permasalahan ini dan mengharapkan Sekolah Sukan Malaysia di Perlis dapat disiapkan sepenuhnya dalam masa terdekat dan bukan cuma omongan kosong lagi. Jika disorot kembali tentang isu projek, kes projek pembinaan Velodrom Azizulhasni Anwang di Dungun Terengganu yang dijanjikan hampir 10 tahun lalu juga sehingga hari inipun masih belum dapat disiapkan sepenuhnya lagi.

Apabila ia melibatkan isu sukan, saya melihat pelbagai masalah yang timbul. Saya masih ingat isu duit peruntukan RM100 juta yang lesap di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) satu ketika dahulu tidak kurang juga isu stadium runtuh di Terengganu.

Kita dapat lihat bagaimana isu kronisma dan rasuah yang menyebabkan pembaziran wang rakyat dan hanya menguntungkan sesetengah individu berkepentingan sahaja. Sudah masanya rakyat peduli tentang isu dasar, polisi dan projek pembangunan rakyat supaya kita lebih faham pihak mana yang benar-benar bekerja untuk rakyat.

———————-

Penulis adalah Ketua Biro Wanita AMK Terengganu.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan