Biar rakyat nilai tindak-tanduk Azmin, kata Anwar


PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memilih tidak memberi respons kepada banyak serangan Mohamed Azmin Ali terhadap dirinya kerana tidak mahu mengambilnya secara peribadi.

“Saya ini tiada ‘personal’ sangat, kalau tengok kenyataan yang mana dia serang saya berulang kali, saya tak jawab pun,” katanya dalam temu bual yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Beliau berkata, rakyat lebih menilai tindak-tanduk menteri kanan perdagangan antarabangsa dan industri itu.

Buat masa ini, katanya, keutamaan beliau adalah perjuangan politik partinya.

“Orang boleh nilai. Jadi biar rakyat yang hukum, tapi bagi saya, kembali kepada landasan.

“Saya nak fikir lebih baik kita tumpu kepada rakyat, sebab kita tak boleh perbodohkan rakyat.”

Presiden PKR itu berkata, ketika di penjara, beliau melihat tindak-tanduk politik sesetengah pihak, termasuk pencapaian dirinya.

“Namun, saya akui kelemahan saya untuk mengawal kerana masa itu saya masih dipenjarakan.

“Masa di penjara, orang di luar bina kekuatan, bina kekayaan. SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) masa PH (Pakatan Harapan) itu tak nampak kerana mereka hanya tumpu kepada Umno dan 1MDB.

“Jadi, yang gajah depan mata itu semua ditolak.”

Anwar berkata, rakyat tahu ada menteri yang mengumpul kekayaan melalui projek besar berbelanja mewah.

“Itu bertentangan prinsip PKR dan PH.

“Jadi, bagi saya, dia (Azmin) dah pilih, biarkan. Kita tumpu perhatian kukuhkan parti, dan belajar daripada pengalaman kita.

“Jangan mudah percaya orang yang beri janji dan bermuka-muka.”

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan