Rakyat juga menghadapi hukuman berat RM10,000 denda kompaun dan hingga RM100,000 dan penjara sehingga 7 tahun jika didakwa di mahkamah kerana melanggar sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini adalah tindakan penghukuman yang tidak patut apabila rakyat sudah menderita akibat kemelesetan ekonomi.
Menteri mungkin mampu membayar denda seperti
ini tetapi adalah mereka akan dikenakan tindakan seperti rakyat biasa
apabila kita tidak nampak sebarang tindakan terhadap Menteri seperti
Azmin Ali dan Annuar Musa yang melanggar sekatan PKP.
Begitu
jelas amalan dua darjat apabila rakyat biasa didenda RM10,000 kerana
tidak mengimbas kod QR MySejahtera atau pelanggan (Zachary Yeoh) yang
tidak memakai pelitup muka semasa sedang makan di restoran.
Semalam, Menteri dan Timbalan Menteri yang menyambut Perdana Menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tidak nampak seperti mematuhi SOP.
Adakah tindakan akan diambil?
Pada hari pertama setelah kenaikan
denda yang keras ini berkuatkuasa pada 11 Mac, 330 denda kompaun RM
10,000 dikeluarkan. Apa yang boleh kita lakukan?
Kita harus berjuang dan terus berjuang untuk melindungi rakyat.
Saya telah mengumumkan bahawa DAP akan membela rakyat yang menghadapi kenaikan denda yang kejam ini di mahkamah secara percuma. DAP Perak telah mengambil langkah pertama untuk membentuk pasukan undang-undang sekurang-kurangnya 12 peguam dan kita akan melakukannya di seluruh negara.
0 comments:
Catat Ulasan