Bukankah mereka yang sedang berkuasa, bukan PH!!!


Oleh Ibnu Mo Yusof

Pas dan Dr. Maza terkenal sebagai pengkritik PH dalam isu-isu kepentingan Islam dan umat Islam. Pelbagai isu yang mereka bangkitkan disambut meriah oleh rakyat. 
 
Mulalah mereka suka dan seronok menjadi juru bicara ummah. Contohnya isu tandas transgender dan lampu besar berbentuk palang salib. 
 
Selepas 22 bulan keperitan mereka sebagai pembangkang, Allah kurniakan kuasa secebis untuk mereka bertindak. Allah Maha Adil, beri peluang kepada mereka untuk buktikan cinta dan sayang kepada Islam setelah berpenat di pentas dan padang.
 
'Ummah pun menangis' menyambut kelahiran kerajaan tanpa mandat. Ia memang benar. Banyak kali TSMY mengakui beliau tidak pernah mendapat mandat rakyat. Itu tidak mendatangkan kemalu-an pun pada Pas dan Dr. Maza. 
 
Saya tidak merujuk kepada Umno dan Bersatu kerana mereka tidak begitu relevan dalam isu Islam dan ummah ini.
 
Orang2 beriman tidak hanya dibiarkan mendakwa mereka beriman kepada Allah tanpa ujian. PN tidak dihalang mendapat kuasa oleh Allah agar mereka melaksanakan apa yang mereka slogankan, Islam dan Melayu. 
 
Kemudian mereka diuji dengan Covid19. Mungkin itulah penyelamat negara daripada tindakan luar biasa sebuah kerajaan tanpa mandat rakyat.
 
Ujian paling besar dan mendasar terhadap Pas, Dr. Maza dan PN selepas berkuasa ialah penghakiman Mahkamah Persekutuan terhadap kes seks luar tabie (liwat) melibatkan seksyen jenayah Syariah berkaitan liwat di Selangor. 
 
Dahulu, kita sering dengar laungan 'Allah bayar cash'. 
 
Hari ini, saya tidak berminat menyebutnya. Seolah-olah menjadi juru bicara pula kepada Allah Maha Agung. Tapi itulah situasi hari ini. 
 
Nah, bersilat lah!!! Kenapa seluruhnya diammmmm? Atau sekadar menerima keputusan tersebut tanpa mahu melihat gambaran yang lebih besar?
 
Jika mereka hanya pandai menjerit dahulu, kemudian ternganga hari ini, saya sarankan mereka beranikan diri dan mencuba ikuti bual bicara malam ini, baru selesai sebentar tadi, oleh seorang ahli Dap yang mahir dengan perlembagaan iaitu Yb Dr Aziz Bari. 
 
Bagi beliau penghakiman itu memberi natijah besar kepada negara. Kepada dualisma sistem kehakiman dan perundangan dalam negara yang telah diperakui sejak zaman British. Ia lebih jauh lagi menyentuh tentang federalisma. 
 
Malah beliau mengajak untuk membincangkan apakah benar justifikasi residual yang diberikan penghakiman mahkamah kepada kuasa negeri. 
 
Siapakah yang memberi kuasa pada asalnya? Negerikah atau Persekutuankah dalam masing2 menilai hubungan antara dua pihak dalam pengasingan kuasa dan senarai masing2. 
 
Dr. Aziz Bari menegaskan penghakiman ini mengancam kuasa negeri. Kerajaan PN tidak boleh berdiam diri. Mesti bertindak. Bersidang. Jangan halang sesiapa mahu mencabar penghakiman itu. 
 
Malangnya menteri agama gagal bertindak sepatutnya. Termasuk menteri undang-undang. 
 
Beliau menambah, sistem kehakiman negara boleh runtuh dengan keputusan tersebut. 
 
Solusi yg dicadang beliau, antaranya ialah sudah sampai masa untuk diwujudkan Mahkamah Perlembagaan. Tidak boleh isu2 berkaitan perlembagaan dihakimi oleh mahkamah2 biasa. Fenomena tikus membaiki labu mesti dielakkan.
 
Beliau ada beberapa idea lain utk atasi atau hadapi permasalahan besar ini. Tetapi tidak memperincikannya sebaliknya menyeru PN bekerja untuk itu. 
 
Itu antara yang saya faham pada bual bicara tadi. 
 
Siapa yang bersorak dengan penghakiman ini? Sudah tentu kumpulan LGBT. Dan ia memang berlaku. 
 
Nah sekali lagi. Orang2 Pas bising dengan isu tandas transgender tetapi sengap tak terkata dengan penghakiman ini? Bukankah mereka yang sedang berkuasa, bukan PH!!!
 
Bertindaklah. Buatlah apa sahaja demi Islam dan ummah. Itupun jika kalian benar2 mahukannya ketika berkumpul di Padang Merbok. 
 
Ketika berkumpul, mahukan peningkatan hukum Syariah. Setelah berkuasa, bukan setakat gagal malah ahli2 bawahan sudah disogok dengan jawapan2 seperti; kita terikat dengan prosedur, pemimpin sedang bekerja, kami tunggu Islam memerintah dan macam2 lagi yang langsung tidak relevan.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan