Tinjauan dapati hanya 2 daripada 10 orang mahu Muhyiddin kekal PM


Oleh Chan Kok Leong

HANYA dua daripada 10 rakyat Malaysia mahu Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri sehingga penggalnya berakhir, menurut tinjauan dalam talian.

Tinjauan yang dilakukan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) menunjukkan hanya 19% daripada 8,352 individu percaya pemimpin berusia 72 tahun itu patut bertahan hingga pilihan raya berikutnya.

Sebanyak 46% responden berkata Muhyiddin patut meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Undian yang dilakukan secara dalam talian dari 19 Februari hingga 28 Februari itu juga menunjukkan 29% mahu Muhyiddin membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya baharu sementara 2% berkata beliau patut mengekalkan darurat untuk terus berkuasa.

Menurut IDE, sentimen paling kuat bahawa beliau patut meletakkan jawatan adalah daripada responden dalam kumpulan berumur 50 tahun ke atas.

“Sentimen paling kuat di kalangan mereka yang berusia di atas 66 pada 64% sementara 47% dalam kumpulan berusia 60 hingga 65 tahun mahu beliau mengundurkan diri sebelum pilihan raya berikutnya.

“Sentimen menggesa beliau berhenti adalah sekitar 57% dalam kumpulan berusia 50 hingga 59 tahun,” kata IDE dalam satu kenyataan hari ini.

Hanya 39% dan 42% responden dalam kumpulan umur 21 hingga 29 tahun dan 30 hingga 39 tahun mahu beliau berhenti, kata IDE.

IDE berkata sentimen menggesa beliau berhenti adalah yang paling kuat di kalangan orang Cina (57%) dan India (58%) sementara hanya 41% orang Melayu berpendapat beliau patut mengundurkan diri.

IDE adalah badan pemikir pilihan raya yang ada kaitan dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

Muhyiddin menyambut tahun pertamanya sebagai perdana menteri semalam dengan berucap pada sebelah pagi.

Presiden Bersatu memperoleh kuasa tahun lalu selepas menjatuhkan PH dengan membawa partinya keluar daripada gabungan itu dan menarik 10 ahli Parlimen PKR daripada parti itu

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan