15 MP Umno boleh tukar PM, kenapa 18 MP Pas tidak boleh tukar judi?

 


Pas diminta menggunakan kuasa 18 ahli Parlimennya untuk keputusan untuk menaikkan jumlah cabutan judi khas sekurang-kurangnya kembali kepada 8 sebagaimana yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

  Ketua AMANAH Kawasan Hulu Selangor, Abu Musa  berkata, kalau Umno boleh menggunakan kuasa 15 ahli Parlimennya untuk menukar perdana menteri, Pas juga boleh gunakan 18 MP yang jauh lebih ramai untuk menukar status cabutan judi itu.

“Umno guna 15 MP boleh tukar PM.. Pas takkan tak mampu guna 18 MP tukar keputusan judi. Sempoi,” tulis beliau menerusi facebooknya.Abu Musa menjadi pemimpin pertengahan AMANAH yang sentiasa membangkit isu kenaikan cabutan khas judi dari lapan kepada 12.

15 MP Umno pimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini bersepakat menekan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga menjatuhkan perdana menterinya Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.

Pas mempunyai 18 ahli Parlimen, jauh lebih ramai dari 15 MP Umno.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam jawapannya di Parlimen mengesahkan jumlah cabutan judi khas telah dinaikkan dari lapan semasa kerajaan PH kepada 12 kali.

Jawapan itu diberikan ketika menjawab soalan dari ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah Datuk Mahfuz Omar.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan