Kerajaan luluskan 22 kali cabutan khas judi tahun ini


Kementerian Kewangan telah meluluskan permohonan daripada semua Agensi Nombor Ramalan (NFO) untuk cabutan khas (special draw) sebanyak 22 kali bagi tahun ini.

Menteri Kewangan berkata demikian dalam jawapan kepada pertanyaan lisan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) hari ini.

Untuk rekod, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mengurangkan jumlah cabutan khas kepada 11 kali sahaja pada tahun 2019 berbanding 22 kali pada 2018 yang ditetapkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kerajaan PH seterusnya mengurangkan lagi kekerapan cabutan khas pada 2020 kepada lapan kali sahaja setahun.

Walau bagaimanapun, kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah meningkatkan kembali kekerapan cabutan khas kepada 22 kali pada tahun ini.

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan