Adakah Zuraida masih Menteri Kabinet?


PUTRAJAYA: Kedudukan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai dalam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih menjadi tanda tanya berikutan beliau masih menjalankan tugas sebagai Menteri Kabinet.

Malah, beliau difahamkan sudah tiga kali menghadiri mesyuarat Kabinet sekembali dari tugasan luar negara pada 2 Jun lalu.

Ia diperkukuhkan dengan kelibat Zuraida di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah hari tadi kerana dijadualkan hadir ke Majlis Anugerah Industri Koko (AIKM) di Kota Kinabalu, sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, malam ini.

Sumber memaklumkan Zuraida akan menghadiri program Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi di Kota Kinabalu, Sabah.

"Beliau akan ke Kuala Kinabalu menghadiri program AIKM malam ini," katanya.

Khamis minggu lalu ketika ditanya pemberita, Ismail Sabri memaklumkan akan bertemu dengan Zuraida bagi membincangkan kedudukannya sebagai Menteri Kabinet sebelum mesyuarat berkenaan minggu ini.

Zuraida pada 26 Mei lalu, dalam satu kenyataan media, mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Beliau kemudian menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Dua hari lalu, Zuraida dilaporkan berharap dapat mengekalkan jawatannya dalam Kabinet untuk menyelesaikan segala program dan perancangan kementerian diterajuinya.

Semalam, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu tidak berganjak dengan pendirian bahawa kuota yang diduduki Zuraida sebagai menteri adalah milik parti itu.

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan