Malaysia bukan di bawah kuasa Top 5 Umno


Oleh Hassan Abdul Karim

 Top 5 Umno tidak ada kuasa perundangan untuk menekan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya membubarkan Parlimen bagi diadakan pilihan raya umum (PRU) dalam keadaan Malaysia diancam banjir monsun tengkujuh.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan yang juga ahli parlimen Pontian tidak bertanggungjawab kerana hanya menyebut Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu Yang di-Pertuan Agong mesti bertindak atas nasihat perdana menteri.

Ahmad Maslan cuba menyembunyikan fakta bahawa Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa budi bicara kepada Yang diPertuan Agong untuk bersetuju atau menolak permohonan perdana menteri untuk membubarkan Parlimen di bawah Perkara 40(2)(b).

Malaysia sebuah negara demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Kuasa budi bicara Yang diPertuan Agong di bawah Perkara 40 (2)(b) untuk menjamin Parlimen Malaysia tidak dibubarkan sesuka hati oleh parti politik berkuasa adalah satu jaminan Perlembagaan Persekutuan supaya Negara Malaysia ini tidak jatuh ke tangan kuasa oligarki seperti Top 5 Umno yang presidennya sedang menghadapi pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di mana keputusan di akhir kes pembelaan dijangka akan disampaikan pada bulan Disember tahun 2022 ini.

Top 5 Umno mahu pilihan raya diadakan sebelum keputusan kes mahkamah presidennya.

Oligarki Umno ini tidak peduli banjir, tidak peduli monsun tengkujuh, tidak peduli kesusahan Rakyat.

Ini satu penyalahgunaan kuasa oleh perdana menteri sekiranya Ismail Sabri Yaakob takut dan tunduk kepada kuasa oligarki Umno.

Malaysia yang demokrasi mesti diselamatkan dari golongan oligarki Umno yang fasis.


HASSAN ABDUL KARIM merupakan ahli parlimen Pasir Gudang.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan