Saiz kabinet wajar 25 peratus daripada saiz Ahli Parlimen - Penganalisis politik


KUALA LUMPUR:
Malaysia dilihat masih belum bersedia untuk membentuk Kabinet sekecil 15 peratus daripada jumlah keseluruhan Ahli Parlimennya, sepertimana dibuat di United Kingdom dan India.
 
Namun sebagai permulaan kepada langkah reformasi, penganalisis politik Prof. Wong Chin Huat berpendapat 25 peratus atau 55 orang daripada 222 Ahli Parlimen dilantik menjadi Menteri adalah saiz yang wajar.
 
Ahli Parlimen selebihnya, kata beliau, boleh memainkan peranan sebagai penyemak imbang supaya kerajaan sentiasa dalam keadaan sedar untuk berfungsi dengan lebih cekap.
 
“Kalau kita terapkan 15 peratus itu maksudnya kita cuma boleh ada 33 orang dalam seluruh anggota pentadbiran, saya rasa Malaysia belum bersedia tapi kita mesti ada satu had yang jelas.
 
“Kalau semua orang jadi Menteri, dia tidak boleh kritik kerajaan lagi. Jadi itu penting,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
 
Katanya, melihat pengalaman UK, mereka ada 650 orang Ahli parlimen tetapi bilangan Menteri yang dibayar gaji oleh kerajaan tidak boleh lebih daripada 93 orang.
 
Begitu juga di India di mana perlembagaannya menyatakan secara jelas bahawa bilangan Ahli Parlimennya yang dilantik menjadi Menteri tidak boleh lebih daripada 15 peratus.
 
Chin Huat yakin, 55 orang Menteri daripada keseluruhan anggota Parlimen termasuk Senator Dewan Negara itu sudah cukup, melihat kepada saiz sama ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) pertama pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, empat tahun lalu.
 
“Bila bilangan menteri jadi kurang, penyelarasan itu jadi lebih baik.”
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan