Rafizi heret Wan Ahmad Fayhsal ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen


KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli akan mengusulkan supaya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) dirujuk kepada Jawatankusa Hak dan Kebebasan kerana membuat kenyataan mengelirukan Dewan.
 
Mohd Rafizi berkata, dakwaan Wan Ahmad Fayhsal manifesto Pakatan Harapan (PH) Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ada menjanjikan untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tidak benar.
 
Beliau menegaskan janji seperti mana yang didakwa Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu merupakan satu pembohongan. 
 
“Mengikut peraturan 36(12) mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis, dan ahli tu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.
 
“YB Machang sebelum ini menyatakan bahawa dalam manifesto PH sebelum ini (ada janji) menghapuskan PTPTN.
 
"Itu satu pembohongan kerana tak ada janji tu dalam manifesto PH baru-baru ini.
“Perkara itu suatu pembohongan yang jatuh (merujuk) kepada Perkara 36 (12). Saya minta Dewan ambil tindakan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
 
Usul tersebut mendapat keizinan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ramli Mohd Noor yang kemudian meminta Rafizi membuat usul tersebut secara bertulis.
 
Rafizi berkata demikian ketika mencelah sewaktu sesi soalan tambahan dari Wan Ahmad Fayhsal berhubung usaha kerajaan untuk membantu golongan miskin dan isi rumah B40 dalam pembayaran pinjaman PTPTN.
 
Terdahulu sewaktu sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan, Wan Ahmad Fayhsal meminta Menteri Pendidikan Tinggi Mohamed Khaled Nordin menyatakan bila program pemansuhan hutang PTPTN bersasar kepada golongan miskin dan B40 akan mula diperkenalkan.

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan