1. Harapan saya, ini bukanlah ucapan dia. Ini hanya rekaan pihak lain dgn tujuan tertentu. Tapi, kalau ini ucapannya, saya fikir, tidak ada zaman yg sesuai utk dia hidup termasuk pada zaman Nabi di Madinah. Mungkin tempat sesuai utk beliau tinggal kini ialah di Mekah, itu pun dia hanya tinggal di Mekah saja dan tidak pergi kemana-mana.
2. Tidak ada tempat di dunia ini yg tak ada non Muslim. Tak ada masa yg orang Islam tidak berkomunikasi dgn non Muslim. Malah ketika seseorang membaca surah al-Kafirun, dia memanggil non Muslim dgn ungkapan, "Wahai orang kafir." Bukankah dlm solat juga surah itu dibaca? Bukankah di Mekah juga surah ini dibaca?
3. Jika begitu keadaannya dlm konteks ibadah, bagaimana dlm konteks
bernegara yg ada MP dan KM yg bukan Islam? Bukankah mahkamah syariah
negeri-negeri termasuk di PP, agensi itu turut dibiayai oleh kerajaan
negeri yg berketuakan non Muslim? Bagaimana dia kata non Muslim tak
perlu ambil tahu?
4. Jika seseorang anak masuk Islam tetapi ayah dan ibunya tidak masuk Islam, tiba-tiba anak yg masuk Islam itu dihukum di bawah pindaan aryuyu sebanyak RM100,000 kerana suatu kesalahan, tentulah ayah dan ibunya yg belum Islam, atas asas kemanusiaan akan risau dan cemas. Logikkah kita kata, kamu tak perlu risau, kamu non Muslim?
5. Penglibatan non Muslim dlm konteks negara berbilang agama seperti Malaysia dlm proses pembuatan undang-undang adalah suatu kemestian kerana mereka adalah warganegara.
6. Wahai para ustaz (terutama yg berasa dirinya suci dan warak), turunlah ke bumi. Al-Quran sudah berada di bumi dan utk dilaksanakan di bumi, bukan di langit. Jika tinggal di bumi, bergaullah dgn makhluk di bumi.
7. Jika tak mahu berkira bicara dgn makhluk bumi, tak payahlah kamu jadi orang. Nak jadi apa, itu kamu punya pasallah....

0 comments:
Catat Ulasan