Mengunakan Dan Mempegunakan Al- Quran


Oleh Ridzwan Abu Bakar

1. Tok Guru Nik Aziz - semoga Allah merahamti beliau - pernah menceritakan hal ehwal orang Melayu 'jame dulu' (sebelum merdeka) yang amat takut untuk pelajari 'kefahaman' Al Quran kerana "Al quran adalah kitab yang suci", bahkan kata Tok Guru ada yang lebih karut "takut nak belajar 'tafsir' takut sesat !", kenyataan serupa saya pernah dengar di sebuah pondok di selatan Thailand apabila ditanya "belajar kitab tafsir apa?", guru di pondok tu jawab "kita tak berapa belajar tafsir, takut bertentangan dengan mazhab Syafie". 


2. Dalam satu kuliah 'tafsir', Ustaz yang mengajar - beliau memakai gelaran Al Hafiz dibelakang namanya - ditanya oleh hadirin "Ustaz ! Apa beza antara KAFIRIN dan KAFIRUN?", Ustaz Al Hafiz itu dengan penuh yakin menjawab "Kafirin dirujuk kepada golongan yang hampir2 kafir, sedangkan Kafirun terhadap golonfan yang memang telah sedia kafir". Kagumlah hadirin, betapa alHafiznya guru kami ! Padahal perbezaannya hanya dalam "masaalah" Nahu - tatabahasa Arab-, bukan berkaitan hal keadaan orang kafir !

3. "Syiah adalah kelompok yang ada sepanjang zaman, sejak zaman berzaman hatta pada zaman Nabi Musa pun ada, bahkan antara kerja buat Firaun adalah menjadikan penduduk Mesir sebagai SYIAH, sebab itulah Allah selalu sebut syiah ini dinisbahkan kepada Firaun atau orang jahat" Syarah seorang penceramah bergaya 'Tok Guru' dalam ceramahnya di sebuah pejabat kerajaan ketika mengulas perkataan SYIYAA dalam surah Al Qasas - tajuk ceramah itu adalah BAHAYA SYIAH - . Sedangkan perkataan tersebut dalam surah itu merujuk kepada KEPUAKAN yang berlaku pada zaman Firaun.

4. Seorang Tuan Guru (baru saja diberikan gelaran itu, sebelum ni Ustaz) ditanya "macamana hubungan kita (PAS) dengan PAN?", Tuan Guru segera menjawab dengan membaca ayat "Lakum dinukum wa li yadin - bagi kamu AGAMA kamu, bagi aku AGAMA aku". Sejak bila pula DIIN (agama) dalam ayat itu dirujuk kepada Parti Politik di Malaysia.


Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan