Sikap ini tidak menguntungkan Pas untuk jangka panjang

Oleh Mohd Sayuti Omar

Ekoran sikap tidak menentu pendirian politik bekas Naib Presiden Pas Mahfuz Omar, yang menunjukkan skepital dan sering menyinis kepimpinan baharu Pas, menyebabkan beliau akhirnya dihalau secara baik oleh Naib Presiden Pas bernama Mohd Amar Nik Abdullah -- Nik Amar.


Nik Amar dalam satu laporan meminta supaya Mahfuz keluar sahaja daripada Pas. Kita faham kenapa TMB Kelantan bersikap demikian kerana tidak tahan dengan telatah Mahfuz yang kadang pakai baju Oren, kadang kala baju Merah dan baju Hijau seakan sudah ditinggalkan, gelagat itu "memedukan" hati Nik Amar.

Bagi orang yang taksub dan memperjuangkan warna Hijau seperti Nik Amar dan sekalian yang lain sangat geli geleman dengan telatah Mahfuz itu. Sebenarnya saya juga tidak faham dengan sikap ahli Parlimen Pokok Sena itu apa yang beliau cari dan kehendaki? Macam kekaburan dalam asap bakaran jerami di relung padi sahaja...

Bagaimana pun bagi saya tindakan Nik Amar menghalau Mahfuz itu sebagai tidak kena. Beliau sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan demikian, walaupun berbulu dengan Mahfuz sebaiknya dia mencadangkan kepada Jawatankuasa Disiplin Pas supaya pecat Mahfuz daripada Pas. Rasanya alasan dan bukti untuk diambil tindakan kepada Mahfuz sudah cukup dan lebih besar daripada bukti dan kesalahan yang ada kepada Husam Musa.

Bila Nik Amar menggunakan media untuk menyatakan kebencian dan keserabutan kepada Mahfuz tampak sangat yang jalur ego yang ada kepadanya. Cara Nik Amar itu seolah-olah Pas barang peninggalan Nik Abdullah Arsahd untuk dirinya dan sekalian puak-puaknya sahaja. Seolah-olah orang lain tidak berhak ke atas Pas. Sikap memonopoli parti tidak baik oleh sesiapa dan puak mana-mana juga.

Saya bimbang dengan stail dan tindakan Nik Amar arragont dan tidak tahu berdiplomasi itu ia menjadi amalan Pas jika tidak ditegur. Ada kemungkinan kalau Pas diberikan kesempatan oleh Tuhan untuk menajdi kerajaan, tindakan-tindakan lebih rakus daripada itu akan dilakukan kepada orang yang tidak disenangi ataupun bertentangan pendapat dengannya.

Sukacita saya merujuk kepada apa yang berlalku di Terengganu tahun 1999 apabila parti agama itu berjaya menjadi kerajaan di negeri itu. Tindakan segera yang agak rakus diambil oleh kerajaan pimpinan Abdul Hadi Awang. Patung Penyu yang menjadi mercu tanda di bulatan tengah bandar Kuala Terengganu dimusnah. Aksi Hadi sangat berbeza dengan aksi gemulah Nik Aziz.

Pembongkaran patung penyu itu masih boleh dimaaf lagi, tetapi menutup dan mengunci peremis milik kerajaan yang digunakan oleh Kemas (Umno) sebagai Tadika, adalah satu tindakan keras dan kejam. Ia menggambarkan kerakusan kerajaan Terengganu di mana tindakan itu disuluh sebagai tindakan kerajaan Islam. Perbuatan itu bertentangan dengan perwatakan Islam yang lemah lembut. Orang akan berfikir kalau dengan kanak-kanak Tadika kerajaan Pas boleh berlaku demikian apa lagi dengan kumpulan lain yang jelas menentangnya.

Teladan yang ditunjuki dan terjadi di Terengganu itu mewarnakan Islam acuan Pas sebagai keras, tidak bertolak ansur serta ego. Ia menggambarkan sikap ekstrem dan fanatik melulu. Sikap ini tidak menguntungkan Pas untuk jangka panjang. Trims.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan