Tuan Ibrahim Tuan Man : Mesyuarat putuskan PAS terus runding dengan BERSATU

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini masih belum memutuskan sama ada akan mengadakan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) atau tidak.

Bagaimanapun menurut Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, parti Islam itu akan terus mengadakan rundingan dengan BERSATU.


Malah beliau turut menegaskan, rundingan itu akan diteruskan sampai bila-bila dan tidak terikat dengan mana-mana tempoh masa.

"Secara keseluruhannya Jawatankuasa Perunding (PAS) akan teruskan perundingan dengan BERSATU dan kita juga meneliti beberapa perkara dalam muafakat ini.

"Tak ada tempoh (tamat rundingan) dan tak terikat dengan tempoh," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Gombak hari ini.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan