Kritik parti: Pas rujuk Mahfuz ke Jawatankuasa Disipilin

Dek kerana kerap mengkritik kepimpinan Pas, dijangka parti itu akan mengambil tindakan disiplin terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika diminta mengulas tindakan Mahfuz kebelakangan ini kerap mengkritik kepimpinan parti itu, ujarnya  akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti.


“Saya dimaklumkan ada laporan yang dibuat ke atas beliau (Mahfuz) kepada jawatankuasa disiplin parti. Kita tunggu sahaja keputusannya nanti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, hari ini.

Hadi turut menasihati pemimpin dan ahli Pas yang tidak lagi sehaluan dengan perjuangan parti atau tidak dapat menerima dasar Pas agar keluar parti.

Pada Rabu Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mencabar Mahfuz agar keluar dari Pas dan masuk parti lain daripada memburukkan parti sendiri.

Mahfuz telah meminta Pas membuat pertimbangan untuk menarik diri dari Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui PKR.

Ia berikutan pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang yang tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah secara jelas memutuskan hubungan kerjasama dengan PKR.

Mahfuz dalam kenyataan balasnya semalam pula berkata teguran Mohd Amar disifatkannya sebagfai 'gedebe' apabila bertindak menghalau beliau daripada Pas hanya semata-mata kerana menegur tindakan pemimpin yang merugikan parti.

Mahfuz berkata teguran yang dibuat olehnya kerana sayangkan Pas dan negeri Kelantan memandangkan tindak-tanduk pemimpin parti yang merugikan sejak kebelakangan ini dalam isu membabitkan kerjasama dengan pakatan pembangkang.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan