RM90 juta: Pemuda PAS lapor polis terhadap Adun PAN

PASIR MAS: Pemuda PAS Kelantan di seluruh kawasan di Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap Adun Salor Datuk Husam Musa yang mendakwa pemimpin PAS menerima RM90 juta daripada Umno.

Pemuda PAS Pasir Mas dan Rantau Panjang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata laporan polis dibuat ekoran tuduhan Penasihat Parti Amanah Kelantan (PAN) yang tidak berasas terhadap PAS.

Katanya, laporan dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan berkaitan menyebar maklumat palsu.


"Kami mohon agar siasatan itu dilakukan segera. Hari ini bukan setakat Pasir Mas dan Rantau Panjang, bahkan 12 kawasan lain turut mengambil tindakan serupa," katanya selepas membuat laporan tersebut.

Turut hadir Ketua Pemuda PAS Rantau Panjang, Mohamad Zailani Mohd Yunus dan anggota jawatankuasa pemuda PAS kedua-dua kawasan.

Husam sebelum ini dalam rakaman 'YouTube' mendakwa pimpinan PAS menerima dana RM90 juta melalui sebuah institusi perbankan.

Ahmad Fadhli turut mencabar mencabar Adun PAN terbabit supaya membuat pendedahan nombor akaun Affin Bank penerima wang tersebut secara jelas.

"Kalau beliau mempunyai rekod dan bukti yang jelas, sila dedahkan nama kalau tidak saya kira beliau bukan seorang penakut," katanya.
Sementara itu, satu lagi laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pengkalan Chepa oleh Muhammad Abdul Malik Abdul Karim kira-kira jam 10.36 pagi tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu menyifatkan tuduhan itu adalah bertujuan untuk merosakkan nama baik PAS dan pemimpin-peminpin PAS termasuk dirinya sendiri.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa setakat pengetahuan saya PAS ataupun mana-mana pimpinan PAS tidak pernah menerima sebarang wang sebagaimana yang dituduh oleh Husam," katanya sebagaimana di dalam laporan tersebut
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan