Berhati-hati dengan gambar yang disunting.

Oleh Ibrahim Mat Isa 

Gerbang PRU14 semakin dekat. Setiap isu yang dinaikkan sangat panas dan menjadi fitnah yang bertebaran. Ahli politik sewajarnya pandai memelihara akhlak dan percakapan, kerana setiap pergerakan telah dan akan sentiasa diawasi oleh spy parti lawan.

Khusus kepada ahli politik Pakatan Pembangkang, mereka sangat terdedah dengan politik pancung dengan menjatuhkan imej peribadi. Orang Melayu sangat sensitif dengan perbuatan yang menjeruk mata terutama berkaitan seks, minum arak atau berjudi.


Kejadian tular gambar adegan bercium dan minum arak oleh ahli politik sangat tidak berjenis. Saya tidak berani untuk mengatakan ia telah disunting, tetapi mungkin juga kerana kualiti sangat lemah dan payah untuk dikesan. Cuma boleh dikesan melalui perbuatan dan orang boleh andaikan macam-macam.

Akhlak setiap orang dipandang melalui aktiviti harian. Jika begitu aktiviti selalu, maka begitulah tanggapan orang dan jika terperangkap dengan niat menganiaya, hal tidak betul akan diangkat sebagai isu besar untuk menjahanamkan kerjaya mereka.

Jangan pandang enteng dengan macai yang sedang tidur. Mereka masih ada dan beroperasi berdasarkan besar habuan dan arahan. Mereka mengumpul gambar-gambar pemimpin saban waktu, terutama yang boleh dijadikan isu. Mungkin mangsa tidak akan perasan kerana mereka menganggap ia cuma waktu-waktu bersosial, atau mungkin ada unsur lain yang memang sedang dirancang dengan skrip pihak lawan.

Rasanya semua ahli politik sedar hal ini namun mereka masih leka. Laman sosial ini umpama tikar yang dianyam yang mengikat antara satu tali dengan tali, kaedah tularnya berliku-liku. Senjata akhir zaman dengan kaedah jahat ini tidak mengira betapa suci manusia itu, lagi hebat ahli politik lagi tinggi risiko terperangkap di dalam jaringan tikar media sosial.

Berhati-hatilah. Kita mahu lawan kerajaan yang sedia ada dengan fakta dan hujah, tetapi jangan kita mati hujah kerana slot tabiat buruk bersosial dijadikan senjata pihak lawan sebagai dakyah membunuh imej parti politik dan pemimpin mereka..
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan