DAP parti anti Islam

TUDUHAN Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengatakan PAS sesat dan tindakan PAS tidak masuk akal apabila mengisytiharkan DAP musuh utama menggambarkan sikap sebenar parti itu. Demikian ditegaskan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Ustaz Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh. Ikuti pandangan lanjut beliau mengenai perkara ini dalam wawancara Penolong Pengarang Berita Harakah, NYZA AYOB bersama beliau pada 4 April lalu.

WARTAWAN: Respons Ustaz mengenai keceluparan Lim Guan Eng yang menuduh PAS sesat apabila menganggap DAP sebagai musuh? 

USTAZ DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH: DAP ini sebuah parti yang bukan memperjuangkan satu gagasan yang baik. Kita nampak perjaungan parti itu semata-mata untuk mencari kepentingan sekelompok masyarakat.

Tindakan-tindakan yang dibuat tidak menggambarkan sebuah parti politik yang profesional.
Kalau kita lihat mutakhir ini tindakan DAP yang banyak menuding jari kepada orang lain, sedangkan parti itu sendiri dilihat lebih mempertahankan keluarganya dan corak pemerintahan diktator. Apa yang berlaku dalam sejarah kita bertahaluf dengan DAP, kita nampak bahawa DAP ini tidak boleh menjadi parti yang boleh berkawan dengan orang lain.

Jika kita lihat tindakantindakan yang dibuat pimpinan DAP sejak daripada dahulu lagi secara mudahnya orang boleh nampak untuk masyarakat Cina walaupun dibuka keahlian kepada bangsa lain. Tetapi perjuangan DAP kita nampak ke arah perkauman.

Sebab itulah apabila DAP menuduh kita dengan pelbagai tuduhan untuk menutup kelemahan-kelemahan yang ada dalam parti itu. Ini termasuklah kelemahan -kelemahan yang berlaku pada Guan Eng itu sendiri.

Maksudnya Guan Eng sebenarnya cuba mencari kekurangan PAS bagi menutup kelemahannya sendiri?

Guan Eng sendiri tentunya tidak bersih kerana disabitkan dengan beberapa kes rasuah.
Sehingga hari ini dakwaan ke atas beliau itu tidak dapat dijawabnya dengan baik.

Maknanya DAP tidak sepatutnya bercakap tentang orang lain tetapi kena baiki dirinya.

Selain itu, saya nampak DAP ini juga parti yang anti kepada Islam. DAP tidak menuduh PAS tidak memperjuangkan Islam tetapi daripada sudut lain matlamatnya adalah untuk mengkritik Islam dan mengkritik perjuangan Islam.

Perkara ini sudah jelas nampak dalam DAP. Sebab itu apa yang dibawa PAS dibantah secara membabi buta. Sebagai contoh RUU 355. PAS telah mengajak sekian lama untuk berdialog dan berbincang tetapi mereka mengeluarkan tuduhan terhadap PAS.

Sepatutnya jika DAP ini parti profesional, mereka mesti dengar penjelasan PAS mengenai RUU 355 ini. Mereka kena dengar dan bagi jawapan. Mereka kena tanya apa yang mengelirukan.

Sedangkan ramai pihak lain daripada pelbagai latar belakang boleh terima dengan baik RUU 355.
Ini termasuk sebahagian besar pimpinan yang beragama Islam dalam Umno sendiri.

Mereka memberi komitmen yang baik. Tetapi DAP ini menentang agenda yang dibawa PAS.
Sebab itulah kita mengatakan DAP ini anti kepada Islam kerana PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam secara terbuka.

Sebab itu DAP menentang PAS. Jika DAP menentang parti, sudah tentu ia akan menentang parti-parti lain. Parti yang tidak membawa agenda Islam dengan jelas DAP tidak tentang. Inilah masalah yang melanda DAP.

Lim Guan Eng juga menyatakan PAS sesat jalan dan lupa siapa kawan dan lawan.

Sekarang ini jika dia mengatakan BN adalah musuh DAP, hakikatnya kita dapat lihat DAP tidak menentang BN.Sebaliknya DAP menentang PAS. Kemudian menuduh PAS yang tidak mengenal lawan dan kawan.

Guan Eng juga kena cerminkan diri dia sendiri.

Pemimpin PAS di Kelantan yang telah lama memerintah negeri itu tidak ada yang dituduh terlibat dengan rasuah atau dibawa ke mahkamah. Tetapi Guan Eng yang baru sahaja memimpin Pulau Pinang sudah disabitkan dengan perkara-perkara yang mendukacitakan.

Orang yang tidak mengenal kawan dan lawan ini adalah DAP. DAP berkawan dengan PAS lama tetapi tidak mengenal kawan. PAS membantu DAP ini dalam banyak pilihan raya.

DAP juga kena sedar mereka kekurangan jentera dalam pilihan raya. Parti mereka juga tidak mempunyai cawangan.

Jentera PAS yang banyak membantu DAP kerana PAS ini mempunyai cawangancawangan dan akar umbi.

Ahli-ahli DAP juga sedikit jika dibandingkan dengan ahli-ahli PAS. Yang banyak menolong DAP adalah PAS. DAP tidak menolong di tempat-tempat pengkalan PAS seperti di Kelantan dan Terengganu. Sebaliknya PAS membantu DAP di Pulau Pinang.

Jadi, apabila PAS yang menolong DAP, tiba-tiba DAP buat perangai macam itu, yang tidak mengenal kawan adalah DAP. Begitu juga tidak kenal lawan. Sepatutnya DAP kena kenal lawannya siapa.

Jika DAP mengatakan Umno- BN itu lawannya, kita lihat apa yang berlaku sudah terbalik DAP melihat PAS seolah-olah musuhnya. Ini boleh kita katakan seperti peribahasa telunjuk lurus kelingking berkait.

Ini bermakna DAP yang tidak kenal kawan dan musuhnya.

Adakah tindakan-tindakan DAP terhadap PAS inilah yang menyebabkan PAS tidak boleh lagi bersama DAP?

Ya, isu tahaluf siasi PAS dengan DAP ini, PAS mengatakan tahaluf siasi batal. Batalnya tahaluf siasi ini angkara yang dibuat pihak DAP. Kenyataan-kenyataan tidak bertanggungjawab. Sikapnya terhadap agama Islam, campur tangan dalam urusan agama Islam merupakan antara perkara-perkara menyebabkan terbatalnya tahaluf siasi antara DAP dan PAS.

PAS tidak pernah campur tangan agama yang dianuti ahliahli DAP. Tetapi kepimpinan DAP campur tangan dalam isu-isu melibatkan agama Islam seperti isu-isu berkaitan masjid dan surau di Pulau Pinang.

Apakah kerana sikap DAP ini berkemungkinan parti-parti lain juga tidak boleh kekal dalam kerjasama yang telah mereka sepakati?

Bagi saya, matlamat yang ada dalam DAP, PKR dan PAN adalah satu pakatan sementara.
Sebab itu, kita lihat individuindividu yang ada dalam parti ini adalah mereka yang menuding jari kepada orang lain tanpa menguatkan parti mereka sendiri. Akhirnya mereka tertuding jari sesama sendiri.

Penegasan Ustaz bagi menangkis dakwaan Lim Guan Eng dan DAP ini terhadap PAS.

Saya ingin tegaskan PAS ini sebuah parti Islam dan kita memperjuangkan Islam. Di dalam Islam, Islam mengajar siapa dia kawan dan siapa lawan.

Lawan kita ini kita lawan kerana prinsip agama kita menentang parti politik yang ada.
Sebab itu kita tegaskan bahawa mana-mana parti politik dalam negara apabila mereka kembali kepada alam perjuangan Islam, insya-Allah PAS akan bekerjasama dengan mereka.

Tidak kira siapa. Orang yang bersetuju dengan Islam dan boleh bersetuju dengan syariat Islam, insya-Allah kita akan bekerjasama. Ini asas dan posisi PAS.

Tapi bila ada yang mengutuk PAS parti yang tidak mengenal kawan dan lawan, itu adalah tuduhan-tuduhan yang kita rasakan mereka terdesak. Mereka tidak ada apa-apa hujah untuk melawan PAS. Ini menyebabkan kita merasakan hujah mereka adalah tuduhan yang membabi buta. Itu bukan hujahan.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan