Saya mengecam tindakan SPR yang membuat keputusan untuk tidak mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) kepada semua pihak samada parti politik, NGO dan orang perseorangan.
Tindakan ini jelas tersasar dari matlamat asal iaitu bagi memberi
peluang parti-parti politik mengetahui jumlah pemilih baru, pemilih
berpindah tempat mengundi serta pemilih yang dikeluarkan kerana hal-hal
lain seperti meninggal dunia.
Keputusan ini juga menyebab pemilih-pemilih baru tidak dapat memeriksa samada nama-nama mereka didaftarkan atau tidak kerana RDPT tidak dipamerkan kepada umum.
Parti-parti politik juga tidak dapat memastikan samada RDPT itu bersih dari penyelewengan kerana tiada medium untuk mereka merujuknya.
Sebelum ini parti-parti politik, NGO dan pemilih-pemilih boleh merujuknya bagi kepentingan masing-masing.
Jika RDPT ini tidak dipamerkan maka bagaimana bantahan boleh dibuat kerana pihak berkenaan tidak mengetahui samada RDPT itu bersih atau tidak.
Tindakann SPR ini jelas menghalang pihak-pihak untuk mengakses maklumat pemilih baru dan dikhuatiri ada agenda tersembunyi untuk kepentingan pihak tertentu.Tindakan ini juga bertentangan dengan peraturan-peraturan sedia ada.
Kami berasa pelik bagaimana SPR boleh membelakangkan peraturannya sendiri. Kami dapati SPR tidak pernah membuat pindaan kepada peraturan sedia ada dimana Pameran RDPT kepada umum ini adalah prosedur wajib. Manakala selepas pameran ini peraturan yang ada juga membenarkan pihak pemilih, Pihak Berkuasa Tempatan dan kerajaan membantahnya.
Kegagalan mempamerkan RDPT dan membenarkan bantahan dibuat jelas bertentangan dengan undang-undang sedia ada serta bercanggah dengan hasrat dan matlamat SPR yang mahukan pilihanraya bersih dab telus.
Rakyat mahukan SPR telus dan bersih serta dilihat juga telus dan bersih. Bagaimana mungkin rakyat percaya kepada SPR jika SPR sendiri melanggar peraturan yang jelas dan termaktub dari dahulu lagi
Kami mendesak SPR menarik balik tindakan ini dan memohon kepada rakyat atas kesilapan yang jelas memburukkan nama SPR sendiri.
Mohd Sofi Abdul Wahab
Timbalan Pengerusi
Parti AMANAH Negara
Negeri Melaka

0 comments:
Catat Ulasan